Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Ada Perancangan Nak Ketengahkan Band, Tapi Nak Cipta Nama Sendiri Dahulu" - Kucaimars

Asraf Aided 09/04/2019 | 08:57 MYT
Penyanyi baru, Kucaimars merancang untuk mengetengahkan ahli kumpulan muziknya apabila namanya sudah kukuh dibina.
Menurut Kucaimars, dia sudah lama mempunyai band sendiri dan masih aktif menyanyi bersama mereka.
"Saya mempunyai rancangan untuk membawa band saya ke industri muzik, tapi buat masa ini saya ingin menaikkan nama diri saya sendiri dahulu.
"Anggota band saya terima dan menyokong baik keputusan saya ini, semoga perjalanan saya dalam industri hiburan ini berjalan dengan lancar," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Kucaimars akan terus menyanyikan lagu cover sebagai satu strategi mengekalkan namanya dalam industri.
"Salah satu cara untuk mengekalkan nama saya dalam industri adalah dengan sentiasa tampil menyanyikan lagu cover, ini kerana peminat saya sudah mengenali saya dengan nyanyian lagu cover," tambahnya lagi.
Kucaimars kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Jawab, ia boleh didapati di semua platform digital dan muzik video rasminya juga telah mula ditayangkan di YouTube bermula 29 Mac lalu.
#Kucaimars