Penyanyi dan pengacara Ifa Raziah meminta orang ramai khususnya peminat supaya tidak menyalahkan dirinya sebagai punca penyingkiran bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Noorshila Amin malam tadi.

Menjelaskan perkara itu menerusi posting di Instagramnya, Ifa akui lagu Dialah Di Hati milik penyanyi asal Datuk Seri Siti Nurhaliza agak sukar untuk dinyanyikan.

"Maaf jika ada sedikit kelemahan dari vokal ifa. Sejujurnya lagu ni memang susah untuk dinyanyikan, tapi ifa dah cuba yang terbaik.

"Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak. Walaupun nyanyi lagu slow, itu adalah gaya cara ifa perform tak ada niat nak tiru gaya artis lain," katanya.

Tambah Ifa, dia berpendapat Noorshila sebenarnya layak ke final GV2019, namun semua itu adalah rezeki masing-masing.

"Ada peserta yang saya rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dari segi vokal dan persembahannya yang kaku akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia, jadi semua itu kita tak boleh dipertikaikan lagi keputusan adalah muktamad.

"So janganlah nak menyalahkan ifa hanya kerana kak shila tak dpt mara ke final.Kita ni orang-orang industri dah tau permainan ni, adat bertanding lah ada yang memang ada yang kalah" katanya.

Kenangan bersama kak @noorshilaamin di Semi Final Gegar Vaganza @gegarvaganzaofficial musim ke 6 ❤️ Terima Kasih kpd Astro sudi menjemput ifa sebagai rakan duet utk kak shila.. ? @gegarvaganza.2019 . . Ifa dah cuba sehabis baik utk membantu kak shila .. Walaupun lagu ini ballad song ..maaf jika ada sedikit kelemahan dr vokal ifa... sejujurnya lagu ni memang susah utk dinyanyikan.. tapi ifa dah cuba yg terbaik..Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak .. Walaupun nyanyi lagu slow .. itu adalah gaya cara ifa perform .. takde niat nak tiru gaya artis2 lain.. itulah gaya ifa tersendiri ? . Pd pendapat ifa sesetengah penyanyi ada Suara & Aura tetapi tiada LUCK didlm industri ni utk bertahan lama.. Ada pulak penyanyi yg sederhana seperti ifa ni tapi masih lagi bertahan didlm industri sehingga harini.. dan diangkat sebagai Artis VERSATIL POPULAR selama 2 tahun berturut2 @abpbh_32 . Syukur Alhamdulillah .. ini dikatakan rezeki .. kita hanya merancang tapi Allah SWT yg menentukannya .. ? Pd pendapat ifa .. kak shila memang layak ke Final GV6 smlm tetapi itu semua rezeki masing2.. ada peserta GV6 yg ifa rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dr Segi Vokalnya & Persembahannya yg kaku akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia so semua itu kita tak boleh dipertikaikan lagi keputusan adalah Muktamad..? Tahniah ifa ucapkan kpd kesemua Finalis GV6 ? . So jgnlah nak menyalahkan ifa hanya kerana kak shila tak dpt mara ke final.. kita ni org2 industri dah tau permainan ni .. dan kami redha dgn keputusan GV6 walaupun pedih utk diterima.. Adat bertandinglah.. ada yg menang ada yg kalah.. Tapi yg kalah tak semestinya diPersalahkan ataupun Mengalah!!. So ifa harap peminat2 kak shila paham dan mendoakan semoga kak shila terus sukses didlm kariernya .. ? . . Ifa percaya Allah SWT dah mengaturkan yg terbaik utk kita semua.. Semoga dipermudahkan urusan kita semua ..Aamin Ya Rabbal Alamin ?

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on


Pada konsert separuh akhir semalam, Ifa menggalas tanggungjawab sebagai rakan duet Noorshila bagi menyampaikan lagu Dialah Di Hati.

Walaubagaimanapun, Noorshila yang turut membawa lagu secara solo, Kerna Terpaksa gagal mara ke peringkat final.

BACA: "Perancangan Yang Hebat Tapi Perancangan Allah Lagi Hebat!" - Gagal Ke Final GV2019, Noorshila Amin Anggap Ia Sebagai...

Selain Noorshila, Wann juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir.

Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).

Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).

Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.