"Ada Peserta Saya Rasa Tak Layak Tapi..." - Dituduh Punca Noorshila Amin Tersingkir, Ini Jawapan Ifa Raziah!

Hanafis Haris
Disember 16, 2019 08:12 MYT
Penyanyi dan pengacara Ifa Raziah meminta orang ramai khususnya peminat supaya tidak menyalahkan dirinya sebagai punca penyingkiran bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Noorshila Amin malam tadi.
Menjelaskan perkara itu menerusi posting di Instagramnya, Ifa akui lagu Dialah Di Hati milik penyanyi asal Datuk Seri Siti Nurhaliza agak sukar untuk dinyanyikan.
"Maaf jika ada sedikit kelemahan dari vokal ifa. Sejujurnya lagu ni memang susah untuk dinyanyikan, tapi ifa dah cuba yang terbaik.
"Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak. Walaupun nyanyi lagu slow, itu adalah gaya cara ifa perform tak ada niat nak tiru gaya artis lain," katanya.
Tambah Ifa, dia berpendapat Noorshila sebenarnya layak ke final GV2019, namun semua itu adalah rezeki masing-masing.
"Ada peserta yang saya rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dari segi vokal dan persembahannya yang kaku akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia, jadi semua itu kita tak boleh dipertikaikan lagi keputusan adalah muktamad.
"So janganlah nak menyalahkan ifa hanya kerana kak shila tak dpt mara ke final.Kita ni orang-orang industri dah tau permainan ni, adat bertanding lah ada yang memang ada yang kalah" katanya.
Pada konsert separuh akhir semalam, Ifa menggalas tanggungjawab sebagai rakan duet Noorshila bagi menyampaikan lagu Dialah Di Hati.
Walaubagaimanapun, Noorshila yang turut membawa lagu secara solo, Kerna Terpaksa gagal mara ke peringkat final.
BACA: "Perancangan Yang Hebat Tapi Perancangan Allah Lagi Hebat!" - Gagal Ke Final GV2019, Noorshila Amin Anggap Ia Sebagai...
Selain Noorshila, Wann juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir.
Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).
Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
#Astro #GV #GV2019