Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ada Pregnant Tag, Perut Besar Pun Buat Tak Nampak” - Ibu Hamil Kecewa Kena Berdiri, Pengguna LRT Selamba Duduk Priority Seat

Mya Amri
25/06/2022 07:03 MYT
Seorang ibu yang sarat hamil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pengguna tren pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT).

Menerusi perkongsian tular di akaun TikTok, wanita hamil dikenali sebagai Rose menunjukkan video pendek merakamkan sikap pengguna yang mengabaikan golongan ibu hamil.

Lebih mengecewakan apabila tempat duduk zon keutamaan terhadap golongan memerlukan yang ditetapkan oleh pihak LRT seolah-olah dipandang sepi oleh pengguna.

“Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat.

“Penat tau hari hari nak mintak seat. Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian,” tulisnya.
undefined Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata ibu hamil bersetuju dengan luahan Rose dan berkongsi situasi sama yang dihadapi mereka.


#Viral #Ibu Hamil #Tular #LRT #Pregnant #Pengangkutan awam #Pengguna LRT
;