GAYA HIDUP
Ada Qiamullail Sebelum Sahur, Selangor Havoc Raya Festival 2025 Akan Berlangsung 108 Jam Tanpa Henti - "Bukan Sekadar Shopping Tapi Juga ..."
Acara membeli belah terbesar Malaysia, Havoc Festival membawakan Selangor Havoc Raya Fest 2025 dengan menampilkan festival jualan raya yang akan berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC).
Lebih daripada sekadar festival jualan, acara ini menjanjikan hiburan eksklusif, pengalaman membeli-belah luar biasa, serta elemen kerohanian yang unik. Berikut adalah 5 fakta menarik yang menjadikan festival ini wajib dikunjungi!
1. Festival Jualan Raya Terpanjang – 108 Jam Non-Stop!
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management, Datuk Firdaus Nadxaman, Selangor Havoc Raya Fest 2025 mencipta sejarah sebagai festival jualan raya terpanjang di Malaysia, berlangsung selama 5 hari tanpa henti!
Dengan lebih 180 booth, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai keperluan raya termasuk fesyen, aksesori, kelengkapan rumah, serta makanan istimewa Aidilfitri.
"Kami berusaha menjadikan Selangor Havoc Raya Fest lebih istimewa. Dengan penganjuran selama 108 jam tanpa henti, kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung, bukan hanya dari segi jualan dan hiburan tetapi juga nilai tambah dari aspek kerohanian.”
2. Persembahan 30 artis & pempengaruh
Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal yang akan menghiburkan pengunjung sepanjang acara.
Selain persembahan nyanyian, festival ini juga membawakan sesi selawat dan qasidah, serta buat pertama kalinya, program qiamullail sebelum sahur bagi menghayati bulan Ramadan dengan lebih mendalam.
"Kami ingin menjadikan festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah dan hiburan, tetapi juga platform untuk menghayati Ramadan dengan lebih bermakna.”
Sebagai tambahan, pengunjung terawal juga berpeluang memenangi wang tunai RM10,000 sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka!
3. Muzik video raya eksklusif – ‘Havoc Raya’
Untuk pertama kali dalam 6 tahun, Havoc Festival melancarkan muzik video rasmi bertajuk ‘Havoc Raya’, menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama bersama barisan artis popular seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry dan Azza Elite.
Muzik video ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival serta menambah kemeriahan suasana sambutan Hari Raya tahun ini.
4. Sokongan kerajaan negeri Selangor
Selangor Havoc Raya Fest 2025 mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025.
Acara ini juga ditaja oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama, yang turut menyumbang kepada kemeriahan festival tahun ini.
"Sokongan yang diterima membuktikan bahawa festival ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga medium untuk memperkasakan usahawan tempatan serta memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan pengalaman yang lebih bermakna."
.jpg)
5. Cabutan bertuah & hadiah lumayan
Selain menikmati pengalaman membeli-belah dan hiburan, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik sepanjang festival.
“Kami percaya festival ini bukan sekadar ruang niaga, tetapi juga tempat komuniti berkumpul untuk merasai kemeriahan Ramadan serta persiapan Aidilfitri dengan lebih meriah.”