Laman Utama
"Ada Rezeki Kita Bisa Satu Stage Lagi"- 2 Tahun Tak Jumpa, Siti Nurhaliza & Kris Dayanti Lepas Rindu
Selepas dua tahun tidak bertemu, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza melepas rindunya berjumpa sahabat yang juga penyanyi popular dari seberang Kris Dayanti.
Siti Nurhaliza tidak keseorangan mereka bertemu untuk makan tengahari bersama dengan dua anaknya Aafiyah dan Afwa.
"Hari ini bawa Aafiyah dan Afwa jumpa aunty love KD @krisdayantilemos dan ada juga kakak Amora.
"Dua tahun lebih tak bertemu...hari ini kami berkesempatan makan tengahari bersama.
"Meskipun pertemuannya singkat tetapi dapat melepaskan rindu masing-masing..
Ketemu lagi ya love..ada rezeki kita bisa satu stage lagi," kata Siti.
Pelantun lagu Aku Cinta Pada Mu itu berkongsi kegembiraan serta gambar mereka di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, Kris atau nama sebenarnya Kris Dayanti Trenggono hadir ke negara ini sempena membuat persembahan di Sunway-Malaysian AIDS Foundation Red Ribbon Gala.
Selepas menyelesaikan persembahannya, pelantun lagu Menghitung Hari itu sempat meluangkan masa dengan Siti di sebuah restoran.
Must-Watch Video