,
Laman Utama

Ada Sebab Aniq Suhair Menyepi Dari Industri Seni Selama Tiga Bulan - “Antara Faktornya Kerana Ayah Saya Mahu…”

Asyikin Mayudin
08/04/2023
03:55 MYT
Tiga bulan menyepi dari industri seni, pelakon Aniq Suhair mengakui dia terpaksa berehat selama tempoh itu disebabkan oleh bapanya.
Menurut Aniq, tempoh berehat itu kerana memikirkan tentang permintaan bapanya yang mahukannya untuk melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang agama.
“Tiga bulan lepas, saya berehat seketika daripada industri. Antara faktornya adalah kerana ayah mahu saya melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang agama.
“Pada saya, permintaannya bagus kerana belajar adalah perkara yang baik, tapi saya sudah menapak dalam industri seni, kenapa saya perlu berhenti di saat nama disebut-sebut.
“Sebabkan itu, saya mengambil sedikit masa untuk berehat kerana mahu berfikir sebaik-baiknya,” kata Aniq.
Aniq ditemui ketika majlis pelancaran program raya Astro di Hotel Le Meridien Petaling Jaya pada Khamis.
Bagaimanapun, Aniq meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya menyakinkan bapanya untuk terus berada dalam industri seni dalam pada sama melanjutkan pelajaran di Malaysia saja.
“Alhamdulillah, saya telah berjaya yakinkan dan berjanji pada ayah, saya boleh melanjutkan pelajaran di sini dalam masa boleh bekerja (berlakon).
“Saya bersyukur juga sebab ayah sangat gembira… dia nampak progress saya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Yela, Bukan Senang Nak Jadi Baik Ni” - Aniq Suhair

gempak
18/02/2024
03:50 MYT
Insya-Allah teruskan berubah menjadi lebih baik.
Hiburan

Rita Nadira Mengaku Keluar Berdua Dengan Aniq Suhair

gempak
20/01/2024
02:00 MYT
Pelakon Rita Nadira menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan rakan artis, Aniq Suhair, susulan dakwaan dikatakan dilihat keluar bersama di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Putrajaya baru-baru ini.
Laman Utama

Wanita Dakwa Dirinya Hamil ‘Kembali’, Dedah Aniq Suhair Bapa 3 Anak Pula?

gempak
22/11/2023
00:55 MYT
Apa kes lagi ni?
Laman Utama

"Moga Luruh Rambut Ini Sepertimana Luruh Dosa-Dosaku" - Aniq Suhair

gempak
11/11/2023
08:25 MYT
Botak era!
Laman Utama

Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Tampil Mohon Maaf - “Tak Seharusnya Saya Muat Naik Konten Seperti Ini”

gempak
31/10/2023
23:55 MYT
Minta maaf lepas fitnah.
Unitar