Laman Utama

Ada Sebab Ayie Floor 88 Ambil Masa ‘Tayang’ Wajah Anak Di Laman Sosial; “Saya Pernah Berdepan Dengan Gangguan…”

gempak
Asyikin Mayudin
03/10/2022
06:57 MYT
Sponsor Banner
Ada Sebab Ayie Floor 88 Ambil Masa ‘Tayang’ Wajah Anak Di Laman Sosial; “Saya Pernah Berdepan Dengan Gangguan…”
Vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham mendedahkan dia pernah berdepan dengan peristiwa mistik dan ilmu hitam malah dalam kalangan ahli keluarganya turut menjadi mangsa.
Menurut Ayie, pengalaman berdepan dengan perkara mistik itu turut dijadikan sebagai rujukan dalam filem lakonannya berjudul Rasuk.
“Saya pernah berdepan dengan gangguan ilmu hitam. Malah ada dalam kalangan ahli keluarga juga turut menjadi mangsa.
“Apa yang pernah saya alami itu, saya jadikan sebagai rujukan untuk filem Rasuk. Contohnya seperti ekspresi wajah, kesan terhadap tubuh dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.
Selain Ayie, filem Rasuk yang diarahkan oleh James Lee turut dibintangi oleh Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Raja Atiq, Alicia Amin dan ramai lagi ini ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.
Filem seram itu mengisahkan tentang pelajar dan guru sekolah asrama yang berdepan dengan kejadian rasukan.
Sementara itu, Ayie turut memberitahu pengalaman mistik itu juga membuatkan dia mengambil masa untuk berkongsi wajah anak di laman sosial.
“Apa yang pernah saya alami itu, dijadikan pengajaran juga pada masa hadapan.
“Itu juga antara salah satu sebab kenapa saya mengambil masa sebelum berkongsi wajah anak di media sosial,” ujarnya lagi.
Untuk info, Ayie mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Nur Natasha Ahmad Nawawi pada 21 Oktober tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Nayla Amanda pada 22 Julai lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live