Hiburan

Ada Sebab Ippo Enggan Ulas Hal Anak, Bimbang Buka Aib Isteri - “Saya Serah Semua Pada Mahkamah”

gempak
Mya Amri
24/06/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Ada Sebab Ippo Enggan Ulas Hal Anak, Bimbang Buka Aib Isteri - “Saya Serah Semua Pada Mahkamah”
Penyanyi, Ippo Hafiz, 34, mempunyai sebab enggan mengulas lanjut berkenaan isu berjumpa anak kedua mereka, Ibrahim Afi Nur, 2, yang masih dipersoalkan isterinya, Fara Roslan, 36, kerana bimbang membuka aib wanita itu.
Menurut Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, dia mahu memberi fokus kepada satu persatu isu untuk diselesaikan mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak mahkamah syariah.

Enggan ulas

"Berkenaan isu anak, buat masa ini saya tidak mahu beri sebarang komen. Saya serahkan semuanya kepada mahkamah dan semoga semua urusan dipermudahkan dan lancar.
"Sekiranya ada rasa ketidakpuasan hati (pihak isteri) boleh cerita di mahkamah saja. Sebab, kalau bercakap soal anak, saya pun sudah lama tidak bertemu dengan anak pertama kami.
"Saya pun tak nak bercerita lebih kerana bimbang ia akan menjadi aib, jadi biarlah kita serahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikannya nanti. Saya mohon doa yang baik-baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Cerai & Hak Penjagaan Anak, Ippo Hafiz Gagal Hadirkan Diri

ARTIKEL BERKAITAN: Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Dapat Beraya Bersama, Isteri Ippo Hafiz Dakwa Gagal Hubungi Anak Bongsu - “Kalau Tiada Halangan, Mesti Dah Jumpa Adik”

Ippo berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sebutan keempat kes tuntutan nusyuz yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada Isnin.
Berbicara sebutan kes nusyuz itu, Fakhrul Azman mewakili Ippo berkata, pada hari ini proses yang dilalui adalah pemfailan kepada jawapan pembelaan daripada kedua belah pihak plaintif (Ippo) dan responden (Fara).

"Setakat ini, pihak kami (plaintif) sudah menerima penyata tuntutan pembelaan yang difailkan defendan. Jadi, hari ini kami juga memfailkan jawapan kepada pembelaan itu daripada segi ‘pleading’ iaitu dokumen berkaitan tuntutan yang sudah diselesaikan.

"Cuma sekarang ini adalah dokumen atau keterangan yang kita hendak guna semasa perbicaraan nanti yang perlu difailkan sebelum 30 Julai depan, sebagai pengurusan kes yang membabitkan peguam dengan mahkamah saja," katanya.
Mengulas juga isu hadanah (penjagaan anak), Fakhrul Azman berkata, pihak anak guamnya, Ippo sebagai responden baharu saja menerima dokumen tuntutan hadanah interim (sementara) daripada plaintif, hari ini dan sebutan kes pada 9 Julai depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Terdahulu, Ippo ditemui hadir bersama peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan keempat tuntutan kes nusyuz yang difailkannya terhadap Fara pada 12 Mac lalu yang didakwa keluar dari rumah mereka sejak November tahun lalu.
Pasangan Ippo dan isterinya, Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Yusof Zarin Nur, 4 dan Ibrahim Afi Nur, 2.
Apabila konflik rumah tangga berlaku, difahamkan anak sulung, Yusof Zarin Nur kini menetap bersama Fara, manakala Ibrahim Afi Nur pula di bawah jagaan Ippo yang hingga kini Fara tidak berpeluang bertemu anak keduanya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live