Hiburan
Ada Sebab Jay Iswazir Lama Berdiam Diri, Tetap Mahu Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf - "Bukan Nak Larikan Diri Tapi..."
Setelah melalui kemelut rumah tangga, pelakon Jay Iswazir hanya mahu berdamai dengan bekas isterinya iaitu aktres Fatimah Azzahra Ahmad.
BERITA BERKAITAN: Didakwa Difitnah, Jay Iswazir Hantar ‘LOD’ & Minta Bekas Isteri Buat Permohonan Maaf Dalam Tempoh 7 Hari
BERITA BERKAITAN: Bekerjasama Dalam Drama, Chacha Maembong Terkejut Baca Isu Jay Iswazir & Bekas Isteri - “Tak Kenal Secara Peribadi Tapi…”
Bagaimanapun dia masih tetap mahukan bekas isterinya itu kekal membuat permohonan maaf seperti mana yang dimintanya sebelum ini.
Jelasnya lagi, tindakan berdiam diri sebelum ini bukan untuk melarikan diri sebaliknya dia mempunyai alasan sendiri mengambil langkah itu.
"Selama ini saya tahu saya banyak berdiam diri. Bukan nak larikan diri. Tetapi saya lebih mahu mencari kedamaian hati.
"Macam mana sekalipun saya tetap dengan pendirian saya. Saya perlu permohonan maaf itu," katanya kepada Gempak.
Jay Iswazir berkongsi perkara itu ketika ditemui media pada majlis Pelancaran OST Dan The Making Off Filem Dajal petang Rabu.
Bagaimanapun Jay Iswazir tidak menetapkan sebarang syarat tempoh permohonan maaf seperti yang dilakukan sebelum ini.
28 Disember lalu Jay Iswazir memberi tempoh tambahan 10 hari untuk bekas isterinya memohon maaf secara terbuka.
Katanya lagi, apa yang dilakukan itu sekadar mahu membersihkan apa yang telah keruh.
"Seperti saya kata, saya lebih memilih untuk berdiam kerana saya bimbang ia menimbulkan salah faham.
"Saya rasa ramai yang faham bila melibatkan isu rumah tangga ini sangat sensitif. Selebihnya saya harapkan anda mendoakan yang terbaik sebab bagi saya ini adalah dugaan.
"Saya berdiam kerana mahu ketenangan dan apa yang harus saya buat adalah dengan mengambil langkah untuk gunakan undang-undang. Beri saya ruang untuk bertenang," katanya.
Sebelum ini dikatakan Jay Iswazir menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya itu dan diberi masa selama 7 hari.
Tindakan itu dilakukan kerana bekas isterinya dikatakan mendakwa dirinya merupakan mangsa keganasan rumahtangga.
Terdahulu, Azzahra tampil membuat laporan polis (cover report) sebagai bukti kenyataan dikeluarkan berhubung menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh bekas suaminya dengan mengatakan kejadian itu adalah benar.
Dalam pada itu, Azzahra juga telah menyerahkan semua bukti terhadap dakwaannya itu kepada pihak berkuasa pada 9 Disember lalu.
Sebelum ini, Azzahra juga pernah memuat naik gambar kesan kecederaan yang pernah dia alami dipercayai akibat dikasari oleh bekas suaminya itu.
Sekadar info, Azzahra dan Jay telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun pasangan itu bercerai pada 28 Oktober lalu.