“Ada Sebab Kenapa Post Itu Dibuat” - Zulin Kembali Berbaik Dengan Suami, Mohon Doakan Yang Baik-Baik
Mya Amri
20/04/2023 08:25 MYT
20/04/2023 08:25 MYT
Pelakon, Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini kembali pulih.
Zulin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya menganggap segala perkara yang berlaku itu ada ujian buat mereka.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Kita bagi peluang dan ruang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah
“Alhamdulillah. Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu pekara yang berlaku, yang mana tahu je tahu. Alhamdulillah asbab dan hikmah disebalik itu,” coretnya.
Dalam pada itu, rakan artis juga turut mendoakan yang terbaik buat Zulin dan suami.
“Semoga semuanya dipermudahkan Kak Zulin,” tulis Puteri Aishah.
“Alhamdulillah,” komen Adira
“Alhamdulillah,” coret Elly Mazlein
Zulin sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Farhan sudah berakhir.
Zulin juga menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan di Instagram bukanlah gimik atau ‘content’ seperti yang didakwa segelintir netizen.
Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.