HIBURAN
Ada Sebab Shukri Yahaya Lakon Babak Buka Baju, Lakukan Senaman & Jaga Makan Untuk Jayakan Watak ‘Fadlan’ - “Saya Setuju Dengan…”
Memegang watak penting dalam filem buat pertama kali, pelakon Shukri Yahaya memberitahu dia tidak berasa kekok untuk melakonkan babak membuka baju.
Jiwai watak
Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya berkata, babak itu dijayakan sebagai satu bentuk ‘character development’ bagi watak yang dibawakannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Foto Keluarga Jadi ‘Wallpaper’ Hp, Shukri Yahaya Tak Bangga Dilabel Sebagai Lelaki Paling Setia - “Saya Sentiasa Ingatkan Diri…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Dapat Dilupakan, Shukri Yahaya Kongsi Insiden Memalukan - “Nasib Baik, Kalau Tak…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Sharnaaz Banyak Pujuk Saya” - Shukri Yahaya Kembali Ke Layar Perak Selepas 5 Tahun Berehat
Justeru, Shukri berharap penonton bersedia menerima kelainan yang cuba ditampilkannya menerusi filem arahan Syafiq Yusof itu.
"Pada saya, babak buka baju itu merupakan satu ‘character development’ untuk untuk tunjukkan transformasi watak Fadlan yang sebelum dan selepas.
"Dan saya bersetuju dengan rela hati untuk buat perkara itu adalah untuk menghidupkan watak ini. Saya harap orang terima sebab saya nak juga penonton nampak kelainan pada saya,” katanya kepada Gempak.
Jaga pemakanan & bersenam
Berkongsi lanjut, bapa kepada dua orang ini memaklumkan dia juga melakukan beberapa bentuk senaman serta menjaga pemakanan bagi mendapatkan otot badan.
"Untuk menjayakan babak itu pula saya memang buat badan dan jaga pemakanan.
"Saya banyakkan ‘exercise’ di rumah dan banyak buat persiapan dari segi latihan ‘sparring’ bersama Defenderz,” ujarnya.
Must-Watch Video