Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Ada Sesiapa Nak Jadi Honey Saya?"- Irfan Haris Mengaku Sunyi Tak Ada Teman Wanita

ZULHILMI JALIL 16/11/2019 | 02:55 MYT
Penyanyi Irfan Haris mendedahkan bahawa dia masih berstatus solo dan tidak ada menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita lagi.
Irfan atau nama sebenarnya, Irfan Haris Othman, 18, mengakui, secara tidak langsung situasi itu membuatkan dirinya adakala berasa sunyi.
"Saya tak ada teman wanita. Sumpah! Sedih kan hidup? Ada sesiapa nak jadi honey saya? Saya ini seorang yang sunyi.
"Tolong carikan teman wanita sebab saya tak ada lagi. Kalau ada teman wanita okeylah, tak ada lah sunyi sangat," katanya.
Irfan berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pengikutnya mengenai soal cinta ketika mengadakan sesi live di Instagram malam tadi.
Dalam pada itu, bekas peserta Big Stage 2019 itu juga turut melancarkan video muzik single terbarunya berjudul Honey semalam.
"Lagu Honey sangat bermakna buat saya. Saya sudah simpan lagu ini selama dua tahun. Saya harap video muzik lagu ini dapat diterima ramai," katanya.
Adik kepada pelakon dan penyanyi Amira Othman ini mula dikenali pada 2016 ketika tampil dengan single pertamanya berjudul Redha.
#Penyanyi #Penyanyi #Irfan Haris
;