gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Maryam Tengok Macam Daddy Tak Sayang…” - Luahan Anak Sulung Fizo Omar Buat Netizen Sebak
HIBURAN
Nur Shahida Mahu Cipta Banyak Memori Bersama Anak-Anak - “17 Tahun Dah Awak Ammar Ahyan, Termenung Mama..."
HIBURAN
Konsert Exists Premium Live Oktober Depan Bakal Beri Kemewahan Peribadi Buat Peminat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

‘Ada Surat Sita Barang, Tapi Tiada Waran Masuk Rumah’ - Vida

Gempak
Gempak
27/11/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
‘Ada Surat Sita Barang, Tapi Tiada Waran Masuk Rumah’ - Vida
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mendakwa pihak plaintif sememangnya ada surat sita aset daripada mahkamah, tetapi tidak mempunyai satu lagi dokumen penting iaitu waran masuk ke dalam rumah.
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun keizinan tersebut di luar pengetahuannya.

BERITA BERKAITAN:Ucap Terima Kasih, DSV Anggap Isu Viral Hanya Ujian - “Walaupun Memang Aib”

BERITA BERKAITAN:Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri, Jovian Mandagie Mohon Maaf - “Kadang Kala Perpisahan…”

BERITA BERKAITAN:Datuk Seri Vida Mohon Beri Ruang Selesaikan Kes Hutang Lebih RM1 Juta - "Saya Telah Lantik Peguam"

“Sebab ex-parte (sebelah pihak) tanpa kehadiran boleh ambil penghakiman. Ini saya tahu pada hari kejadian sita rumah.

“Staf tak boleh hubungi saya kerana dalam perjalanan ke luar negara, maka mereka buat keputusan sendiri. Diberitahu ada sita.
“Sepatutnya ada satu lagi surat. Sita barang ada, surat masuk rumah tak ada, tetapi atas kerjasama staf yang saya pun tak tahu, mereka (plaintif) dipersilakan masuk,” katanya menerusi sesi penstriman langsung di TikTok pada Selasa.
Isnin lalu, media melaporkan Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman gagal melunaskan hutang sebanyak RM1,060,285 untuk pengubahsuaian kilangnya di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada 2018.
Empat kereta mewah milik beliau turut disita iaitu Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 serta semua barangan di dalam rumah berkenaan.
Pihak mahkamah bersama peguam, Samir Zainal dan kontraktor, Mohamad Taufik Kamarul tiba di rumahnya di Persiaran Bukit Meru pada jam 9 pagi sambil ditemani wartawan.
Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan masuk kira-kira jam 10.30 pagi selepas beberapa kakitangan Vida tiba.
Menurut Samir, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan penghakiman yang memerintahkan Vida untuk menyelesaikan hutang pada 29 Oktober tahun lalu.
Difahamkan, pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu hanya mempunyai tempoh dua minggu sehingga 9 Disember ini untuk menyelesaikan baki hutang, jika tidak mahu barangannya dilelong.
Vida turut memberitahu, perkara tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada peguam memandangkan ia sudah mendapat liputan meluas.

“Tak tahulah ini takdir dan ujian saya, dipanggil pula wartawan datang depan rumah. Maka, terbukalah aib yang tidak sepatutnya.

“Tetapi, saya rasa netizen bijak dan tahu kisahnya macam mana. Saya takkan tak bayar hutang orang! “Orang berniaga tak boleh ada hutang, insya-ALLAH perkara ini saya serahkan kepada peguam.
Tolong doakan saya supaya terus kuat dan hebat kerana setiap ujian ada hikmahnya,” ujar Vida.
Topic Berkaitan
#Datuk
#Vida
#Waran
#Rumah
#Surat
#Masuk
#tiada
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement