Laman Utama

Ada Syarat Amar Baharin Nak Kayuh Basikal - “Dia Cakap No Sebelum…”

gempak
Asyikin Mayudin
05/10/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Ada Syarat Amar Baharin Nak Kayuh Basikal - “Dia Cakap No Sebelum…”
Disebabkan mahu mengayuh basikal, pelakon Amar Baharin sanggup melakukan semua kerja rumah termasuklah mengambil anak pulang dari sekolah.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Amar memberitahu isterinya iaitu aktres Amyra Rosli memberi keizinan untuk melakukan aktiviti itu selepas selesai kerja rumah yang sepatutnya dilakukannya.
“Dia cakap ‘no’, sebelum ambil anak balik sekolah, rumah dah kemas, sampah dah buang… kalau dah selesai semua dia cakap, pergi la.
“Buat 300 KM pun tak apa. Fuh (selamat coverline),” kata Amar.
Bagaimanapun Amyra menerusi ruang komen di perkongsian itu sempat berseloroh mengatakan suaminya itu menipu dan sebagai hukuman mahu meminjam RM100.
“Eh geram pula kita. Bila pula mommy says NO. Disebabkan daddy dah tipu dalam ni, PINJAM SERATUS,” seloroh Amyra.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama seperti Amar di mana mereka perlu melakukan kerja rumah sebelum isteri membenarkan untuk keluar mengayuh basikal.
BACA SINI: “Lumrah Shoot Dengan Pregnant Mom”- Amar Baharin Reda Kena Muntah Ayda Jebat
BACA SINI: [VIDEO] “Sejuk Tengok…” – Kongsi Video Baca Surah Al-Mulk, Amar Baharin Raih Pujian Netizen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live