“Ada Tak Cara Nak Turunkan Lemak Bagi Ibu Menyusu Badan?” - Mawar Karim Minta Kongsi Petua

Mya Amri
April 11, 2018 14:58 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim akui ingin kembali kepada berat asalnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG), Mawar mahu menghilangkan menurunkan berat sebanyak 10 Kilogram.
“Mama Maryam cuba kembalikan berat ideal balik. Lagi 10 Kg lemak tepu ni nak let go katanya.
“Ibu-ibu ada tak cara macam mana nak turun lemak tepu ni bagi ibu yang menyusu badan dan czer.
“Boleh tak share pengalaman, terima kasih semua,” tulisnya.
Posting itu mendapat perhatian pengikut IGnya dan mereka menyarankan supaya Mawar mengamalkan pemakanan sihat serta elakkan makanan berminyak.
Foto: Instagram @mawar_karim
#Fizo Omar #Mawar Karim