Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Ada Vibe Filem Stephen Chow!" - Aksi Selamba Naqiu Dalam Mat Bond Malaya Dipuji Netizen

Amri Hassan
29/07/2021 14:25 MYT
Filem Mat Bond Malaya terus mendapat tempat di hati penonton sejak mula ditayangkan di Astro First pada 20 Julai lalu.

Melewati hampir dua minggu tayangan, ramai yang membelikan maklum balas positif terhadap filem arahan sulung pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad itu.

Antaranya, ada yang menyamakan naskhah filem terbabit hampir sama dengan filem yang dihasilkan Stephen Chow!

"Macam ada vibe filem Stephen Chow sikit. Filem dia yang Kung Fu Hustle pun banyak merepek. Jadi untuk Nabil, penceritaannya kemas dan mudah faham.

"Idea ada ala-ala Stephen Chow, semoga sukses! Naqiu boleh tahan selamba.

"Aku boleh je layan dengan family, siap boleh gelak lagi. Bagi aku Mat Bond Malaya bukan filem sampah!" tulis sebahagian pengguna di media sosial.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Mat Bond Malaya mengisahkan seorang jejaka bernama Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’ sahaja.

Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi, namun tidak berjaya.

Disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti.

Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombi.

Mat tiada pilihan melainkan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.

Mat Bond Malaya mula ditayangkan menerusi Astro First saluran 480 pada 20 Julai lalu.
#Nabil Ahmad #Filem #Elizabeth Tan #Komedi #Aksi #Kelakar #Naqiu #Stephen Chow #Mat Bond Malaya #Penyiasatan