Viral
Ada Wanita Kacau Lewat Malam, Azri Iskandar Kena 'Soal Siasat' Dengan Ellie Suriaty - "Dia Degil Sebenarnya, Saya Dah Kata ..."
Suami kepada pelakon Ellie Suriaty, Azri Iskandar menjelaskan tidak mengenali individu yang berhubung dengannya menerusi Facebook sejak akhir-akhir ini.
Kata Azri, 52, hubungannya dengan Ellie masih baik dan dia cuba menjernihkan keadaan dengan menjelaskan situasi sebenar kepada isterinya selepas keadaan menjadi sedikit tegang.
"Kami taklah bergaduh, cuma kena soal siasat sajalah.
"Isteri saya (Ellie) bengang dengan seorang kenalan saya di Facebook sebab dia selalu berhubung pada lewat malam.
"Dia buat MLM dan minta tolong saya carikan downline dia..
"Degil sebenarnya, saya sudah kata bukan senang nak cari orang sertai MLM ni tapi tetap juga asyik tanya," katanya kepada Gempak.
Tambah Azri perkenalannya dengan wanita terbabit hanya di media sosial dan masih lagi baru.
Namun, mereka sudah tidak lagi berhubung selepas Ellie menyekat komunikasi antara mereka.
"Saya tak tahu apa jadi dengan dia sebab isteri saya sudah menyekat laman sosialnya.
"Saya pun sudah lama tak balas mesej dia. Tak layan sebab tak penting pun," ujarnya.
Ellie baru-baru ini meluahkan rasa bengang terhadap tindakan seorang wanita yang sering mengganggu suaminya terutama pada lewat malam.
Kecewa dengan situasi terbabit, Ellie turut memohon jasa baik individu yang mengenali wanita terbabit agar menasihatinya dan menjauhkan diri dari suaminya.
Sepanjang usia perkahwinan, Azri dan Ellie dikurniakan tiga orang cahaya mata.