Peserta Suara Viral, Boy mendedahkan bahawa dirinya pernah menerima gangguan daripada wanita yang tidak dikenali di media sosial.

Lebih mengejutkan, menurut Boy atau nama sebenarnya, Mohd. Firdhaus Mahadzir, 32, individu tersebut cukup berani mengirimkan mesej berbaur lucah.

"Ada pernah tu tiba-tiba saya terima mesej di DM (mesej peribadi) bunyinya dah 'kelaut'. Ajak borak yang bukan-bukan.

"Sampai berani mengajak saya borak lucah pula. Cuma, itulah, kalau ada yang mesej ajak berkawan tu saya akan respons juga.

"Itu pun saya akan terangkan, kalau nak berkawan, saya okey sahaja, tapi tak mahulah sampai ajak perkara yang bukan-bukan," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Boy, dia akui banyak menerima mesej daripada wanita yang mahu berkenalan dengannya sejak menyertai program Suara Viral

"Ada yang minta nombor telefon, tapi saya memang tak beri. Setakat nak berkawan bolehlah," katanya yang kini berstatus duda.

Menurut Boy, sejak berpisah dengan bekas isterinya kira-kira empat tahun lalu, dia belum terfikir untuk memikirkan soal rumah tangga lagi.

"Saya tak serik nak bercinta, cuma, sekarang ini saya nak fokus kepada kerjaya seni terlebih dulu," katanya yang merupakan salah seorang finalis Suara Viral.

Boy bakal bersaing bersama empat peserta lain bagi merebut gelaran juara Suara Viral di konsert akhir yang bersiaran esok.

Segala DRAMA Dalam Hidup Menjadikan Kita LEBIH SEMPURNA . 2 lagu yg aku gila dan buat aku gila ??‍♂️Jangan lupa tengok final suara viral rabu 9malam di astro prima ?? @dramabandmy @aepul.roza @syamel_official @astrogempak @astroprima105 @sinar_my #suaraviral #suaraviral2020 #viralkansuaraanda #drama #dramaband #lebihsempurna #syamel #boysuaraviral #boybach #boysvsupporters #boybachfanclub #boybachcover #boyyyaaa #teamboy #soundtech #techcrew #budakcrew

A post shared by Mohd Firdhaus Mahadzir (@boybach) on



Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.