Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

"Ada Yang Akan Kata Tak Reti Ke Bagi Badan Rehat Dulu .." - Almy Nadia Tolak Aura Negatif, "Saya Muda Lagi Masih Boleh Mengandung"

Zulaikha Yusof
29/05/2020 09:04 MYT
Aktres Datin Almy Nadia menyatakan dia tidak berasa sedih walaupun baru kehilangan anak kelima selepas mengalami keguguran.

Kata Almy, dia terima ketentuan Allah di samping menjadi wanita yang kuat demi suami, Datuk Fizz Fairuz dan anak-anak.

"Saya dimasukkan ke hospital disebabkan keguguran anak yang kelima. Usia kandungan saya ketika itu sudah memasuki enam minggu.

"Saya tak menangis langsung. Saya kuat disebabkan anak-anak dan suami. Alhamdulillah saya terima takdir ini.

"Saya tak rasa 'down' sebab sentiasa positif. Percaturan Allah ini sangat baik dan cantik.

"Mungkin lepas ini Allah akan gantikan saya dengan lebih baik. Saya sentiasa berdoa," katanya menerusi siaran langsung (live) di Instagram (IG) sebentar tadi.



Tambah Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah akui ada segelintir yang akan bercakap belakang mengenai keguguran ini.

"Saya tahu ramai akan cakap dekat saya sebelum ini baru gugur, kemudian gugur lagi.

"Ada yang akan kata tak reti ke bagi badan rehat dulu sebab pernah gugur bulan dua haritu? Anak ini rezeki Allah. Kita hanya mampu usaha.

"Saya bersyukur saya masih hidup. Saya muda lagi masih boleh mengandung. Saya suka bersalin tapi tak suka alahan. Suami pulak suka anak-anak yang ramai.

"Saya tak suka dibelenggu dengan negatif. Saya bersyukur dapat suami yang sentiasa menyokong dan tak pernah putus bagi semangat. Diri saya sentiasa positif saja," katanya lagi.



Semalam, Fizz menyatakan Almy terpaksa menjalani pembedahan selepas terdapat darah beku pada rahim.

BACA: Almy Nadia Alami Pendarahan Sejak Dua Hari Sebelum Raya, "Kena Bersihkan Rahim Takut Susah Mengandung Lagi .."

Terdahulu, pada bulan Februari lalu, bayi keempat yang dikandung Almy difahamkan telah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan.

BACA: "Papa Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat" - Fizz Fairuz Sebak, Almy Nadia Keguguran

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Almy Nadia #Gugur
;