Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Ada Yang Cakap Masa Depan Isteri Saya Akan Musnah”- Nubhan Percaya Pada Rezeki

Syafiqah Jalal 12/11/2020 | 02:17 MYT
Penyanyi Nubhan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isterinya, Afifah Tawfek berhenti bekerja sebagai doktor gigi kerana kontrak ditamatkan.
Kata Nubhan isterinya mendapat tawaran kerja tetap di hospital kerajaan pada Jun lalu tetapi membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
“Amboi sedap mulut cakap wife saya tak diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah dan macam-macam lagi.
“Sejak dia dpt tawaran bekerja tetap dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.
“Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya.
“Tak apalah, pendapat orang macam-macam, ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah lah. Tapi tak fikir ke entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tahu kan? Sebab kita bukan tuhan,” katanya.
BACA: Isteri Nubhan Berhenti Kerja Doktor Gigi Untuk Menjadi Housewife - "Suami Kata Ini Pekerjaan Paling Mulia"
Nubhan meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik paparan skin surat tawaran isterinya diberi kerja tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41.
Bagaimana pun, Nubhan tidak mengendahkan kata-kata orang dan percaya kepada rezeki Tuhan.
“Dulu masa isteri saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak kerja, meh duit kau aku nak kikis haha.
“Dia sebaik perancang, Dia juga menentukan rezeki kita masing-masing. Ramai yang tahu tapi mungkin kurang mengerti. Apa orang-orang ni kurang yakin dengan rezeki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So, go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian.
“Doakanlah yang baik-baik. Kitakan sesama umatnya dimuka bumi ni. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana juga. Tapi macaam mana yang tiada ilmu dan tiada adab ya? Boleh sesiapa tolong jawabkan? Saya konpius ni,” tanya berseloroh.
Terdahulu, Afifah nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

Amboi...sedap mulutnya ckp wife sya x diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah...mcm2 lagi...sejak dia dpt tawaran permanant dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia utk memilih...alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia. Saya x paksa isteri untuk kerja dan x paksa dia utk berhenti...kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Xpalah, pendapat orang macam2...ada yg cakap masa depan isteri saya bakal musnah lah...tp x fikir ke? Entah2 masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tau kan? ? Sbb kita bukan tuhan. Dulu masa wife saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini ?. Skrang dah x keja, meh duit ko aku nk kikis ???......dia sebaik perancang, dia juga menentukan rezki kita masing2. Ramai yang tau tapi mngkin kurang mengerti. Apa org2 ni kurang yakin dengan rezki Allah? Mungkin juga hidup2 kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So go ahead dgn setiap pandangan dan andaian kalian. Doakanlah yang baik2...Kitakan sesama umatnya dimuka bumi ni...ilmu tinggi adab tak ada pun x kemana jugek...tp mcm mana yg xda ilmu dan xda adab eh? ??? leh sesapa tolong jawabkan? I is konpius ni ? . @lantarabeauty

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on

#Penyanyi #Nubhan #Penyanyi #Nubhan #Isteri #Doktor #Kerja
;