"Ada Yang Cuba 'Ambil' FB Arwah Suami Saya" - Hidayah Tak Boleh Akses Masuk Media Sosial Abam

ZULHILMI JALIL
Mei 6, 2020 04:11 MYT
Balu arwah pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd. Ali mendedahkan bahawa terdapat pihak yang cuba 'mengambil' akaun media sosial suaminya.
Menurut Nor Hidayah, perkara itu disedarinya selepas gagal mengakses masuk ke akaun Facebook milik suaminya awal pasgi tadi.
"Ada yang cuba ambil atau godam Facebook Syed Umar Mokhtar, arwah suami saya.
"Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah, tapi sekarang tak boleh boleh buka," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Hidayah lagi, akaun Facebook suaminya mustahil dinyahkatif automatik selepas arwah meninggal dunia memandangkan akaun tersebut menggunakan alamat emailnya sebagai pengesahan masuk.
"Email memang saya punya tapi nama FB Syed Umar Mokhtar memang dah tak ada," jelasnya.
Dalam posting tersebut, Nor Hidayah turut berkongsi paparan Facebook yang menunjukkan akaun milik suaminya itu sudah berstatus 'disable'.
Lebih menghairankan, katanya, akaun Instagram suaminya, @abam_bocik yang diuruskannya selama ini juga cuba digodam.
"Pagi ni pula ada orang cuba godam IG arwah," katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meminta Hidayah untuk bersabar dengan apa yang dilaluinya kini.
"Bulan puasa pun busuk hati ke?
"Kasihannya. Semua kenangan nak dirampasnya. Semoga awak tabah dan dalam rahmat lindungan Allah," tulis sebahagian netizen.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Abam Bocey #Godam #Hidayah