Hiburan
“Ada Yang Dah Panas Punggung & Memfitnah” – Baru Tiba Di Tanah Suci, Ifa Raziah Difitnah Lagi
Penyanyi Ifa Raziah bersyukur kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah Umrah buat kali kedua.
Bagaimanapun kata Ifa, walaupun baru sahaja tiba di Madinah untuk beribadah, namun dia sudah mendengar berita kurang baik yang disebarkan mengenai dirinya.
Ifa memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
Kata Ifa, andai benarlah tuduhan berkaitan pecah amanah seperti yang didakwa, dia bersedia dan reda menerima hukuman di tanah suci.
“Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang Ifa lakukan selama ini. Ifa baru saja tiba di Madinah ni pun ada orang dah mula panas punggung di Malaysia dan menfitnahkan Ifa.
“Ifa hanya mampu berdoa kepada Allah SWT dan Baginda Rasullulah SAW… Seandainya Ifa ini seorang yang jahat dan pecah amanah atau pun suka menuduh orang tanpa sebab, Ifa akan terima dengan reda hukumannya disini.
“Tetapi kalau disebaliknya… Ifa hanya mampu berdoa kepada Allah SWT khas buat orang-orang yang cuba menjatuhkan nama baik Ifa Raziah sekeluarga di sini.
“Semoga Allah SWT melindungi Ifa dan keluarga dari manusia-manusia durjana ini,*KEBENARAN AKAN TERJAWAB SEDIKIT MASA LAGI* Amin Ya Rabbal Al Amin,” tulisnya.
Terdahulu, Ifa pernah menunaikan umrah bersama suami, Mohd Yani Abdul Rahman dan anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Aqili tahun lalu selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.