Ada Yang Dakwa Adira Dah Bercerai Dengan Datuk Red? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Izwan Isa
12/12/2022 00:50 MYT
12/12/2022 00:50 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi menafikan yang dia dan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red telah berpisah.
Adira berkata, dia bahagia bergelar isteri kepada suaminya dan rumah tangga mereka sama sekali tidak goyah seperti yang didakwa.
“Fake account… fake account. Jangan tertipu, tak payah follow. Dia mungkin nak minta followers sahaja tu.
“Alhamdulillah, Adira masih lagi ok dengan husband. Takda ada… sayang lagi,” tutur Adira menerusi Instagram Story.
Penyanyi lagu Takdir Tercipta itu mengulas mengenai penyebaran gosip yang mendakwa dirinya telah berpisah dengan Datuk Red menerusi sebuah akaun TikTok.
Lebih memburukkan keadaan, akaun berkenaan turut menggunakan gambar Adira berserta nama @adirasuhaimi32.
Adira turut meminta agar peminat dan orang ramai sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk dia dan suaminya.
Untuk rekod, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Menerusi perkahwinan berkenaan, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub, dua bulan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!