Laman Utama

Ada Yang Dakwa Elmina Kawasan ‘Keras’?

gempak
Izwan Isa
18/08/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Ada Yang Dakwa Elmina Kawasan ‘Keras’?
Nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam telah membuka banyak ruang perbincangan dalam kalangan netizen di media sosial.
Selain hal-hal berkaitan penerbangan, ada juga yang mendakwa kawasan perumah tersebut sebagai ‘keras’.
Namun, dakwaan tersebut ditolak sama sekali oleh seorang pengguna platform X.
Menurutnya, lokasi perumahan tersebut berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
“Bukan mistik ya. Elmina berdekatan dengan SZB (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah). Nahas berlaku di persekitaran aerodrom adalah perkara biasa.
“Lagi-lagi ketika mahu mendarat, sebab itu dalam buku, berlepas dan mendarat adalah perkara yang penting. Tak boleh kacau,” katanya.
Dalam pada itu, ada juga yang bertanya, kenapa kerap berlaku kemalangan di kawasan aerodrom. Pengguna Twitter itu menjawab:
“Laluan masuk dan keluar (highway) untuk pesawat. Selalunya 5 hingga 10 kilometer radius besar dia. Normal benda tu. Berlepas dan mendarat merupakan bahagian yang penting,” katanya lagi.
Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun maut.
Lapan yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di situ semasa kejadian.
Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan selain Johari, turut berada dalam senarai penumpang ialah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.
BACA: Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar​
BACA: Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, Ada Mangsa Dikhuatiri Maut?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live