Hiburan

Ada Yang Dakwa Nama Balqis Bawa Sial? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

gempak
Hanafis Haris
14/01/2020
13:00 MYT
Sponsor Banner
Ada Yang Dakwa Nama Balqis Bawa Sial? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan
Kisah sedih pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis yang pernah menjulang nama sebagai Pelakon Terbaik Wanita di Anugerah Televisyen Asia menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.
Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish dikatakan melalui kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri di sekitar Kuala Lumpur.
Namun, di sebalik kisah berkenaan, timbul pula dakwaan segelintir netizen yang mengatakan masalah dialami Balqis berpunca dari namanya sendiri.
Menerusi satu posting oleh seorang individu, dia berkata seorang ustaz telah memberitahu nama Balqis sebenarnya membawa maksud yang tidak baik.
Ustaz itu kemudian menasihatkan supaya tidak meletakkan nama Balqis jika tidak mahu penyakit pelik yang datang.
"Ustaz itu terangkan dekat perubatan Islam nama Balqis banyak dalam kes misteri.
"Nama sebenar Balqis juga adalah ketua jin," katanya.
Rata-rata netizen kemudian tidak berpuas hati dengan tomahan berkenaan, malah turut membawa isu tersebut terus kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih.
Menjelaskan keadaan tersebut, Zulkifli berkata, perkara berkenaan adalah tidak benar.
"Tak benar. Sabda Nabi SAW: Tiada kepercayaan sial di dalam Islam. Sahih Muslim (2224)," katanya menerusi Twitter.
Penjelasan Mufti itu sekali menjawab segala persoalan dan dakwaan yang viral di media sosial ketika ini.
Terdahulu kisah mengenai Puteri Balqis tular selepas satu stesen televisyen memaparkan sedutan temu bual kehidupannya dalam sebuah progam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live