Laman Utama

“Ada Yang DM Hantar Gambar Nasi Basi Sebab Tunggu Yang Sponsor Datang…” – Achey

gempak
Fiza Kamarudin
26/12/2021
06:45 MYT
Sponsor Banner
“Ada Yang DM Hantar Gambar Nasi Basi Sebab Tunggu Yang Sponsor Datang…” – Achey
Isu mengenai dakwaan barang bantuan ‘disorok’ atau tidak diagihkan dengan betul antara yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Antaranya mangsa banjir tidak dibenarkan mengambil barang sumbangan di tempat pengagihan termasuk di Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Ada juga yang mendakwa, barang sumbangan ‘diperam’ petugas termasuk menahannya sehingga VIP tiba ke kawasan tersebut, untuk tujuan mengambil gambar dan pengagihan.
Pelawak dan penyanyi Achey antara yang menerima aduan seumpama itu daripada mangsa banjir.
Menurut Achey mereka mendakwa takut untuk mengambil sumbangan kerana bimbang dimarahi.
“Ada tempat-tempat agihan bantuan ni dia bukan dipolitikkan tetapi tidak tahulah bagaimana sistem pengagihan tu.
“Ramai yang DM saya nak pergi ambil barang takut. Ada yang hantar video di DM nasi tu dah basi sebab nak tunggu kononnya sponsor sampai nak ambil gambar penyerahan dan sebagainya,” katanya.
Melihat kepada situasi tersebut, Achey turut memberikan pandangannya.
“Bagi saya kalau melibatkan barang-barang bantuan ni buat masa sekarang, barang sampai bagi jangan tunggu-tunggu,” katanya.
Dalam pada itu Achey turut memohon maaf sekiranya salah mengeluarkan kenyataan.
“Saya salah saya mintak maaf, mungkin ada sebab jadi begitu dan mungkin tak ada sebab langsung atau sebab yang tak munasabah.
“Sampai bagi bukan sampai simpan. Saya tak kata simpan tu salah tapi kalau ada yang perlukan, dan barang tu ada so bagi je.. Ni bukan stock kedai runcit nak tahan-tahan.
“Yang datang tu nak ambik bantuan bukan nak shopping…Sekali lagi kalau saya salah saya mohon maaf siap-siap,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial sekumpulan NGO mendakwa barangan sumbangan mereka tidak diagihkan dengan betul kepada penduduk yang terjejas.
Mereka turut mendakwa lambakan barangan berlaku di PPS kerana pintu dikunci dan barang tidak diserahkan kepada mangsa yang datang meminta barang keperluan.
Menurut kumpulan tersebut, petugas hanya mengagihkan barangan tersebut kepada mangsa yang di tempatkan di PPS sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live