Penyanyi terkenal Anuar Zain berharap tidak lagi berlaku kekeliruan terhadap akaun Instagram miiliknya.

Menurut Anuar, dia sudah menukar foto utama berikutan ada peminat yang menyangka akaun Instagramnya itu adalah milik ‘Anuar Zain’ yang palsu.

“Jangan tertukar, ini Anuar Zain yang betul. Guys! Ni profile picture yang baru, ada yang terkeliru sebab ada yang ingat tiba-tiba akaun saya ni, fake account sebab tukar gambar. Maaf kalau ada yang terkeliru,” tulisnya.

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70)


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya terpesona dengan foto baru Anuar termasuklah rakan selebriti.

“Hensemmmmm banget,” tulis @shuibsepahtu

“Tak akan keliru,” coret @catrionabrianross

“Makin handsome abang haihhhh,” komen @ faz__f

Sebelum ini, terdapat beberapa kewujudan akaun palsu yang menggunakan identiti ‘Anuar Zain’.

Disebabkan perkara itu juga membuatkan Anuar mewujudkan akaun Instagramnya sendiri.