“Ada Yang Kata Saya ‘Gold Digger’, ‘Sugar Baby’…” – Athalia Tertekan Gossip Bercinta Dengan Alvin Chong
Fiza Kamarudin
05/10/2020 04:32 MYT
05/10/2020 04:32 MYT
Anak sulung kepada penyanyi Sharifah Zarina, Athalia Deena Buswani mengaku tertekan selepas digosipkan bercinta dengan pelakon Alvin Chong.
Athalia berkata, selepas kontroversi tersebut terjadi pelbagai andaian negatif dan tohmahan dilemparkan terhadap dirinya.
“Selepas gosip itu tular, orang mula bercakap yang bukan-bukan. Ada yang sampai panggil saya ‘gold digger’ dan ‘sugar baby’ sebab kononnya bercinta dengan orang lebih tua.
“Memang saya tertekan, lebih-lebih lagi tahun ini saya akan duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Mujur mama tahu perkara sebenar, malah dia sendiri yang hantar saya bertemu Alvin kerana ada ‘meeting’ berkaitan projek usaha sama antara kami,” katanya.
Tambah Athalia lagi dia telah mendapat banyak pengajaran daripada kontroversi tersebut. Apa lagi apabila ia mengenai fitnah di laman sosial.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana fitnah bila-bila masa sahaja boleh berlaku,” ujarnya kepada Gempak.
Sementara itu Sharifah Zarina yang turut terheret dengan kontroversi tersebut turut dituduh cuba menangguk di air keruh dan mencari publisiti murahan.
“Saya bersuara kerana mahu mempertahankan maruah anak dan menegakkan kebenaran. Saya tahu setiap pergerakan Athalia.
"Begitu juga membabitkan projek usaha sama dengan Alvin, saya tahu aktiviti mereka, malah saya juga menghantar dan mengambilnya di lokasi dengan penyanyi itu.
"Segala-galanya sudah dijelaskan, kerjasama mereka hanya berpaksi urusan kerja dan profesional. Memang tiada hubungan peribadi seperti yang didakwa.
Dalam pada itu Zarina berkata, dia tidak kisah jika anak-anak mahu mengikuti jejak langkahnya bergelar selebriti.
Yang penting katanya, mereka perlu mengutamakan pelajaran.
"Saya tak melarang sekiranya anak-anak berminat dalam dunia seni. Seperti Athalia, saya memaksanya belajar bermain piano.
"Apa yang saya nampak anak ketiga, Alfenriz Habeeb lebih menunjukkan minat dalam nyanyian, tetapi anak kedua, Ariana Deena mempunyai suara lebih sedap berbanding lain.
"Athalia pula suaranya tidaklah sedap mana, tetapi masih boleh menyanyi dan diasah bakat. Athalia memang minat menyanyi, tetapi kena tunggu habis SPM," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sharifah Zarina yang muncul dengan single Pernah Bahagia, tahun lalu baru dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan, Xanzwhite Skincare.