Penyanyi Bob Yusof akui tidak mengambil serius dengan komen netizen yang mendakwa dirinya terlalu lembut ketika membawa lagu Anta Permana nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza pada saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang lalu.
Jelas Bob dia hanya menyanyikan lagu tersebut dengan gayanya tersendiri tanpa memikirkan orang lain.
"Saya hanya mempersembahkan lagu itu mengikut gaya saya sendiri. Mungkin pandangan orang berbeza-beza bila ada yang kata saya terlalu lembut dan lentik di atas pentas.
"Tapi saya ambil pendekatan tidak kisahlah netizen nak cakap macam mana yang penting persembahan saya dapat memuaskan hati komposer dan penyanyi asal lagu itu.
"Siti sendiri sudah berpesan kepada saya agar bawa dengan gaya saya sendiri ketika menyanyikan lagu itu dan itu yang saya buat," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Bob menyatakan tidak pernah timbul perasaan rimas walaupun persiapan AJL34 perlu mendapat lampu hijau daripada pihak Siti dan Hael Husaini.
"Sebanyak 20 peratus sudah dilaksanakan dan setiap keputusan berhubung persembahan akhir itu perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat.
"Saya menggalas peranan menyanyikan lagu orang dan disebabkan itu saya kena sering bertanya kepada komposer dan penyanyi asal.
"Perkara itu tidak merimaskan sebab saya sentiasa nak tahu apa kehendak penyanyi dan komposer dan seboleh mungkin saya cuba untuk puaskan hati mereka.
"Hael ada citarasa dia yang tersendiri dan begitu juga Siti, disebabkan itu saya kena ambil tahu pendapat kedua-dua belah pihak," katanya lagi.
Zulaikha Yusof
Tue Jan 14 2020
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.