Skip to main content

Berita Tempatan

"Ada Yang Lebih Susah Berbanding Saya" - Wan Maimunah

wm-new-befunky-collage.jpg
Pelakon Wan Maimunah tidak berasa sangat terbeban apabila menghadapi masalah atau kesusahan dalam kehidupan.

Menurut Maimunah, dia sentiasa merasakan ada orang lain yang diberi ujian lebih berat berbanding dirinya.

"Walaupun saya sering diuji dengan beberapa masalah, saya cuba hadapinya dengan tenang.

"Saya sentiasa ingat bahawa ada orang yang lebih susah berbanding saya.

"Alhamduillah, masalah kesihatan yang saya hadapi tahun lepas sudah pun pulih, saya juga telah kembali aktif berlakon," katanya kepada Gempak.

Tahun lalu, pelakon yang sinonim dengan watak sedih ini meluahkan rasa kesalnya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa dirinya telah meninggal dunia ketika sedang sakit.

Sedikit info mengenai Maimunah, pelakon kelahiran Johor ini pernah merangkul trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi ketegori Artis Komedi Wanita Popular selama lima tahun berturut-turut bermula edisi 1992 hingga 1996/1997. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video