Hiburan
"Ada Yang Makan Nasi Dengan Garam, Kalau Rasa Hina Sangat..." - Merungut Menu Bantuan Makanan, Pelajar Ini Cetus Kemarahan Netizen.
Seorang pelajar dikecam hebat selepas mengeluh menu makanan yang disediakan oleh sebuah institusi pengajian tinggi.
Menerusi Twitter, pelajar terbabit memuat naik dua gambar menu makanan ketika sarapan pagi dan makanan tengah hari.
Antara menu yang diberi adalah nasi goreng bersama telur goreng untuk sarapan pagi dan nasi berlauk ayam goreng serta kari untuk makan tengahari.
"Ini contoh makanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mahasiswa yang duduk kat kolej kediaman ya! bukan tak bersyukur tapi tu lah," katanya sebagai kapsyen.
Kenyataan tersebut sekali gus mengundang kecaman dan kemarahan oleh segelintir netizen.
Rata-rata mereka menganggap pelajar tersebut harus bersyukur kerana ada individu atau keluarga yang lebih susah.
"Orang lain makan nasi dengan garam je hari-jari. Bersyukurlah," kata seorang pengguna Twitter.
"Orang lain makan sampai ikat perut. Kalau kau rasa hina sangat nasi tu, kau tak payah ambik.
"Kau bagi kat orang yang betul-betul memerlukan," kata seorang lagi pengguna Twitter.
Anda boleh lihat beberapa lagi komen di bawah.