Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan
Mya Amri
21/05/2024 11:50 MYT
21/05/2024 11:50 MYT
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.
Sepupu belah mama
Malah disebabkan hubungan rapat mereka itu jugalah membuatkan timbulnya spekulasi pasangan sepupu ini sedang menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun, Naim menerusi program No Filter yang dihoskan oleh selebriti serba boleh iaitu Elly Mazlein tampil menjelaskan perkara tersebut.
BERITA TRENDING: "Tak Mengapa, Saya Ada..."- Naim Daniel 'Pujuk' Sissy Iman
“Dia seseorang yang saya boleh katakan rapat dengan saya. Bagi saya dia sangat istimewa.
“Kami pun sebenarnya kalau nak diikutkan sebagai sepupu… Memang kami sepupu tapi sepupu jauh.
“Belah mama saya dan ayah Sissy. Sebenarnya kami pun baru-baru sahaja dapat tahu mengenai perkara ini dan selepas itu kami sama-sama ada sertai sebuah program nyanyian,” ujarnya.
BERITA TRENDING: "Maaf Sebab Saya Tak Sekuat Awak..."- Sissy Iman Belum Pulih, Minta Beri Ruang
Selain mengenai Sissy, banyak lagi topik menarik yang dijawab oleh Naim dalam No Filter.
Untuk menonton episod penuh tentang Naim klik Di SINI.
Saksikan juga episod terbaharu No Filter setiap Isnin di www.gempak.com pada jam 12 tengah hari.
No Filter juga boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 pada hari yang sama di jam 8.30 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/sebulan (JIMAT 30% - tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99).
Whatsapp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.