Skip to main content

Viral

“Ada Yang Menanti Kesilapan Saya” - Pernah Takut Keluar Rumah, Luahan Khairul Aming Buat Ramai Terkejut!

3445fc6a-9c57-4577-83c8-6b77a292db6e.jpeg

Personaliti media sosial, Khairul Aming mendedahkan dia pernah takut untuk keluar rumah selepas hidupnya semakin popular sekitar tiga tahun lalu.

Perkara itu diluah Khairul menerusi satu posting di Twitternya.

Advertisement

Menurutnya, perkara itu terjadi ketika tahun 2018 apabila videonya tular dan menjadi perhatian ramai.

“My privacy dah mula hilang dari situ. Apa yang dicakap, dibuat dan siapa sayta berkawan semuanya dinilai kiri dan kanan.

“Sampai satu tahap saya tak mahu keluar bilik sebab serabut dengan kehilangan privasi,” katanya.

Jelasnya, dia hanyalah seorang lelaki biasa dan datang daripada keluarga biasa.

“Saya suka apa yang saya buat sekarang. Tapi saya pun ada kekurangan yang orang tak tahu.

“Saya buat silap dan bakal buat silap akan datang. Sesetengah daripada mereka menantikan kesilapan itu dan saya faham.

“Jika anda memilih laluan yang sama, ingatlah populariti tidak selalunya indah.

“Ia boleh merosakkan jika anda tidak tahu menguruskannya. Jadilah diri sendiri,” katanya.

Posting berkenaan sehingga kini telah dikongsi sebanyak 11,600 kali dan menerima 26,000 likes.

Rata-rata netizen tampil memberikannya semangat dan menganggap Khairul Aming telah memberi contoh baik kepada khalayak ramai.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah: 

Must-Watch Video