Hiburan
"Ada Yang Mendekati, Tapi Maaf Saya Tak Berminat" - Sophia Albarakbah
Pelakon cantik jelita, Sophia Albarakbah menafikan dakwaan serik bercinta walaupun sebelum ini percintaanya dengan individu yang dikenali sebagai ‘Mr Doktor’ sudah berakhir.
Sophia, 30, turut berkongsi yang fokusnya pada tahun ini lebih kepada kerjaya sahaja kerana soal jodoh tidak terlalu penting baginya.
“Dari segi percintaan atau jodoh saya memang malas nak fikir, saya tak mencari pun, kalau ada, ada lah.
“Ada yang mendekati saya tapi saya tidak berminat, kerana ia bukan fokus utama saya untuk tahun ini.
“Sebelum ini saya risau juga, umur saya makin meningkat, saya ingin juga berkeluarga dan ada anak tapi takpelah saya fokus kerja dahulu.” katanya kepada Gempak.
Berita Trending: Kaki Sophia Albarakbah Lebam-Lebam Bergelut Dengan Penjahat!
Dalam pada itu, Sophia turut berharap tahun ini dia tidak lagi terpalit dengan sebarang kontroversi kerana ingin membuka buku baharu sempena tahun 2024.
Sophia ditemui pada majlis pra-tonton filem lakonan pertamanya “Jiwa 8 belas” di TGV One Utama semalam.
Sekadar info, jiwa 8 belas merupakan filem arahan S Baldev Singh, mengisahkan tentang jiwa remaja yang akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024.