Ada Yang Mengadu Lihat Shahrul Nasrun Di Lobi Hotel, Amyera Tak Ambil Peduli Hal Bekas Suami - “Dah Keluar Dari Hidup Saya & Dia Tak Akan Berubah”
Usahawan, Datin Amyera memohon supaya netizen tidak lagi mengaitkan dirinya dengan bekas suaminya iaitu Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.
Enggan dikaitkan dengan bekas suami
Menurut Amyera, mereka sudah tidak lagi berhubung dan segala kepahitan tentang masalah rumah tangga yang berlaku dalam hidupnya semua telah dilalui sejak lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama Exco Pemuda Umno Malaysia itu.
Malah kata Amyera, perangai bekas suaminya itu tidak akan berubah.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menjernihkan keadaan kerana saya telah mendengar banyak perkara tentang Shahrul Nasrun sejak akhir-akhir ini daripada anda semua.
“Ada seseorang melihat dia di lobi hotel dan mengatakan dia mengganggu mereka, kawan-kawan mereka, cuba untuk menggoda, beri kad perniagaan.
“DM semua selebriti wanita dan juga yang bukan selebriti di Instagram dan apa sahaja.
Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.
Bagaimanapun Sabronzo menafikan perkara itu dan Amyera juga menegaskan wanita di dalam video tersebut bukanlah Sabronzo seperti yang didakwa netizen sebelum ini.
Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
Selain itu, pada Mac lalu, Amyera mendedahkan dirinya bukan lagi isteri kepada Shahrul.