Hiburan

"Ada Yang Menghina & Memandang Rendah Keluarga Saya Hanya Kerana Kami Susah .." - Ben Ali

gempak
Zulaikha Yusof
09/04/2020
07:12 MYT
Sponsor Banner
"Ada Yang Menghina & Memandang Rendah Keluarga Saya Hanya Kerana Kami Susah .." - Ben Ali
Pelakon dan usahawan Ben Ali mendedahkan dia dan keluarga pernah dipandang hina kerana kehidupan mereka ketika itu sangat miskin.
Disebabkan itu, Ben membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur ketika usianya baru 16 tahun bagi mengubah nasib keluarga.
"Saya bukan dilahirkan di dalam keluarga yang senang. Sejak umur 16 tahun saya sudah belajar hidup berdikari di Kuala Lumpur (KL), keluarga masih di Perlis.
"Saya membuat keputusan untuk pindah ke KL dan cuba untuk hidup sendiri.
"Kenapa? Sebab saya bercita-cita besar nak berjaya nak naikkan martabat keluarga saya yang susah. Kawan-kawan sekolah ada yang menghina dan memandang rendah keluarga kami hanya kerana kami susah.
"Dan pada ketika dan detik itu saya dah tanam niat untuk ubah kehidupan saya dan keluarga," tulisnya.
Ben mendedahkan perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama pengikut di ruangan Instagram Stories.
Sementara itu, suami kepada aktres jelita Nadiyah Shahab menyatakan dia terpaksa menempuh liku pahit manis untuk meneruskan kehidupan di bandar metropolitan.
"Bila di KL bukan mudah nak hidup. Saya pernah tidur di kebanyakan masjid di KL sebab takda rumah. Antaranya Masjid Jamek, Masjid KLCC dan juga banyak kali tidur di cyber cafe.
"Bayar RM2 untuk main Myspace sejam lepastu tidur depan PC sampai pagi.
"Saya pernah kena halau rumah sebab tak mampu bayar sewa bilik. Kemas bag pack dan keluar jalan kaki tetapi tak tahu ke mana hendak pergi.
"Saya pernah kena pau tepi jalan orang ambil wallet dan handphone saya bawa lari.
"Nak cerita kesusahan hidup memang takkan habis. Saya percaya semua orang ada masa susah masing-masing. Kita diuji dengan pelbagai cara.
"Tetapi apa yang akan membezakan kita dengan orang lain adalah tindakan kita. Keputusan yang kita buat dan ambil pada hari ini akan menentukan siapa kita pada masa hadapan," tulisnya lagi.
Ben mendirikan rumah tangga dengan Nadiyah pada 10 November 2018.
Pasangan ini mula memperkenalkan kek jenama Absolut Chocolat di bawah Absolut Brands Sdn. Bhd. sejak Februari 2018.
Bermula dengan kek coklat, pilihan kini dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea, Milk Lava dan Salted Egg.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024