Hiburan

"Ada Yang Nak Dia Jadi Gila" - Terkena Buatan Orang, Bella Astilah Mahu Bantu & Terima Semula Aliff Aziz?

gempak
Hanafis Haris
29/01/2020
16:30 MYT
Sponsor Banner
"Ada Yang Nak Dia Jadi Gila" - Terkena Buatan Orang, Bella Astilah Mahu Bantu & Terima Semula Aliff Aziz?
Biarpun dihimpit pelbagai isu dan kontroversi, pelakon dan penyanyi, Bella Astilah tidak menolak untuk menerima semula bekas suaminya Aliff Aziz.
Menurut Bella, jika itu adalah penyelesaian terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, dia terima dengan hati yang terbuka.
"Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga.
"Tapi jika itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dengan hati terbuka walaupun netizen kecam cakap macam-macam," katanya.
Tambah Bella, dia juga percaya apa yang berlaku telah mematangkan Aliff untuk berubah.
"Saya percaya, perpisahan kami telah mengajar dan mematangkannya," katanya.
Ditanya mengenai jika dia tertekan dengan tindakan Aliff yang dilihat semakin liar, Bella menjelaskan dia sebenarnya cuba membantu bekas suaminya itu.
Jelasnya, ramai yang tidak tahu sebenarnya dia dan keluarga kini sedang berusaha untuk mengubati Aliff.
"Aliff sebenarnya ok tapi kadang-kadang sekelip mata dia jadi orang lain, mungkin terkena buatan orang. Ada yang nak nampak dia sampai jadi gila.
"Sekarang keluarga tengah minta pendapat ustaz, bawa berubat dan ikhtiar. Bella sedih zaman sekarang masih ada benda macam ni.
"Kita dah cuba yang terbaik tapi bila main secara halus kita susah nak campur. Sekarang Aliff memang tengah sakit dan tak boleh fokus, malah benda ni pun dah lama mungkin ketika bersama Bella lagi," katanya.
Bella berkata demikian ketika sidang media Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung semalam.
BACA: AME2020: Nabil Ahmad & Jihan Muse Kekal Hos, 3 Kategori Baru Diperkenalkan!
Terdahulu, Aliff Aziz sekali lagi mencetus kontroversi apabila video dia dipukul seorang lelaki tular malam semalam.
Aliff yang memakai singlet putih dan berseluar pendek berwarna biru dilihat dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live