Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ada Yang Panas, Keras, Lembik..Semua Saya Dah Pegang" - Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman 'Ngeri' Jadi Tukang Cuci

ZULHILMI JALIL
13/11/2020 04:45 MYT
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalamannya sewaktu bekerja menjadi seorang tukang cuci di Wellington, New Zealand.

Menurut Fazley ketika itu, tidak ramai kenalannya yang mengetahui pekerjaan sampingan yang dilakukan demi mencari wang saku tambahan.

"Masa tu saya sedang belajar di Universiti Victoria Wellington, sempat juga menjadi penari kebudayaan di samping buat kerja sambilan mencuci tandas bila kurang duit belanja.

"Tapi tak ramai yang tahu sebab saya segan nanti kawan-kawan tak nak salam dengan saya sebab tangan bergelumang dengan najis manusia," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Ceritanya lagi, sepanjang bergelar tukang cuci, pelbagai pengalaman 'ngeri' yang terpaksa dilaluinya.

Antaranya, termasuklah mengutip segala jenis najis yang bertaburan di atas lantai.

"Maklumlah, bila orang mabuk, ada di antara mereka buang air atas lantai. Jadi, tangan sayalah yang mengautnya untuk dimasukkan ke dalam mangkuk tandas.

"Ada yang panas, ada yang suam, ada yang keras, ada yang lembik, ada yang cair, ada yang berketul, semua saya dah pegang.

"Emm, jadi lepas saya buka cerita ni, masih ada ke nak salam saya? Cuma eloklah kan sebab waktu pandemik ni, lebih eloklah kita tak bersalam. Kan?," kongsinya.

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata menyifatkan tiada apa yang perlu dimalukan dengan pekerjaan tersebut.

"Tiada apa yang perlu dimalukan Datuk, sekarang ini awak 'somebody', tabik dan respek," komen salah seorang pengikutnya.

Fazley merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Perniagaaan di Universiti Victoria Wellington.

#Fazley Yaakob #Pengalaman #Tukang Cuci
;