Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ada Yang Salah Muat Naik Foto, Adik Sajat Terkilan – “Kesan Negatif Boleh Timpa Anak-Anak Aku Atas Perbuatan Pakcik Dia…”

Fiza Kamarudin
19/10/2021 12:49 MYT
Mustika, adik perempuan kepada usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau Nur Sajat terkilan apabila ada yang tersalah memuat naik foto pada berita disiarkan berkaitan abangnya itu.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mustika berkata, disebabkan perkara tersebut laman sosialnya telah diserang netizen.

“Kalau mana yang tak tau ini gambar Mustika dan bukanlah gambar Sajat, dah tentu ramai datang IG ni serang..,Walhal aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat,” luahnya.

Tambah Mustika lagi dia terpaksa menanggung semua persepsi buruk dan negatif akibat perbuatan abangnya itu.

Sungguhpun begitu dakwa Mustika, Sajat tidak pernah memohon maaf kepada dirinya walaupun telah meninggalkan nama buruk kepada keluarga.

“Dia tak peduli sesiapa, buat apa nkk peduli setiap tindakan dia. Tapi dugaan bukan kecik bila aku perempuan tanggung perbuatan dia selama ni.

“Dia tingalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung? Anak, reputasi busuk dan dia tak penah nak mintak maaf pada aku,” katanya.

Malah dakwa Mustika, dia telah dihina Sajat kerana memberi kenyataan kepada media.

Selain itu Mustika turut menyatakan kerisauan terhadap anak-anaknya akibat kontroversi dicetuskan pakcik mereka sendiri.

“Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

“Banyaknya pengalaman since kes sajat ni…Media pusing semua benda janji dapat story demi content. Apa jadi hidup seseorg tu pun dorang tak peduli, aku ni seoramg IBU ada anak KANDUNG..

“Kesan-kesan negative boleh timpa anak aku pulak…Macam mana dia nak kesekolah? Kuatkah dia bila orang cakap, layan atau perli dia atas perbuatan pakcik dia?

Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNYA,” katanya bimbang.

Sejak semalam, kontroversi mengenai Sajat kembali tercetus apabila dia memuat naik foto memaklumkan sudah berhijrah ke Australia untuk mendapatkan perlindungan status pelarian menggunakan kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang dimiliki.

#Nur Sajat #Mustika #Adik Sajat
;