,
Laman Utama

Ada Yang Suruh Boikot Francais Minuman, Sharnaaz Ahmad Bersuara –  “Jangan Begitu, Kami Takdak Kena Mengena, Kami Cari Rezeki Halal…”

Fiza Kamarudin
06/10/2020
09:46 MYT
Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki 'mencuci' ratusan juta ringgit.
Susulan itu beberapa individu telah ditahan termasuk seorang ahli peniagaan wanita yang didakwa dalang sindiket tersebut.
Ahli perniagaan dikenali sebagai Datin A tersebut turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman diusahakan pelawak Shuib, Sepahtu.
Baru-baru ini Shuib serta selebriti dan usahawan telah dipanggil untuk membantu siasatan, namun mereka telah menerima tempiasnya gara-gara Datin A.
Antaranya ialah gesaan untuk menutup dan memboikot rangkaian perniagaan minuman Bubble Bee yang diusahakan beberapa selebiriti Malaysia.
Di laman sosial Twitter individu menggunakan nama ‘YB Kak Mira’ menulis ciapan supaya memboikot francais dibeli Datin A daripada pelawak Shuib.
Ciapan tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.
Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur ‘YB Kak Mira’ dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah dilakukan datin berkenaan.
“Jangan begitu YB, kami ni takdak (tak ada) kena mengena, kami cari rezeki halal,” tulisnya. Terdahulu, beberapa selebriti dipanggil SPRM untuk membantu siasatan dan memberi keterangan berhubung kes penggubahan wang haram.
Siasatan kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Penggubahan Wang Haram (AMLA), SPRM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Tak Sokong Anak Diboikot, Minta Orang Ramai Hentikan Cancel Culture

gempak
27/06/2024
07:25 MYT
Dek kerana terpalit dengan kontroversi membabitkan rumah tangga, nama dan karya yang melibatkan Aliff Aziz mula diboikot oleh rata-rata netizen Malaysia.
Berita

“Boikot Hanya Sehingga Syarikat Hentikan Sumbangan Kepada Israel” - Pensyarah UIAM

gempak
30/05/2024
21:55 MYT
Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.
Berita

BFood, Pengendali Starbucks Malaysia Catat Rugi Bersih RM29.76 Juta

gempak
24/05/2024
06:55 MYT
Syarikat pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024 berbanding untung bersih RM15.94 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Hiburan

Sering Dituduh Tidak Lantang Bersuara, Meerqeen Akhirnya Muat Naik Hantaran Tentang Palestin

gempak
21/05/2024
12:55 MYT
Seringkali dipetik nama oleh netizen antara selebriti yang tidak lantang bersuara tentang isu Palestin, pelakon kacak, Meerqeen akhirnya memuat naik posting berkenaan konflik tersebut di Instagram Storiesnya.
Hiburan

"Nanti Orang Boikot Filem Saya, Rugilah Saya!" - Datuk Ayu Takkan Ambil Artis Bermasalah

gempak
18/05/2024
08:45 MYT
Penerbit filem Datuk Rosmarayu Mokhtar enggan memilih pelakon yang terlibat dalam masalah moral untuk membintangi naskhah terbitannya.