,
Hiburan

“Ada Yang Suruh Cari Hati Unta Kering” – Anak Disahkan Hidap Asma Kronik, Isteri Lan Solo Mohon Petua

Mya Amri
03/12/2018
07:26 MYT
Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim, meluahkan rasa bimbang selepas anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, disahkan menghidap penyakit Asma Kronik.
Sheila memberitahu berita itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
Kata Sheila, dia mahu mencari solusi berhubung penyakit anaknya supaya tidak bergantung dengan ubat-ubatan untuk tempoh yang berpanjangan. “Doktor sahkan Akid ada cronic asthma. So sehari kena neb dua kali minimum. Mommy-mommy kat luar sana ada tak petua-petua lain?
“Ada yang DM saya suruh cari hati unta kering. Tumbuk dan campurkan dekat setiap makanan Akid.
“Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon. Kalau boleh saya nak cari solution supaya Akid kurang bergantung dengan neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan. Any ideas mommy?” tulisnya. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mula membantu dengan memberikan tips berguna selain berkongsi pengalaman yang sama dengan Sheila.
“Cubalah guna hati unta, sebab anak kakak saya pun dah cuba. Alhamdulillah, anak dah tak bergantung pada neb,” komen @nurul_koji “Betul tu hati unta paling mujarab, sebab anak saya juga Asma Kronik. Saya buat salai bagi anak saya makan hati saja campur nasi putih. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT anak saya pulih,” tulis @eishanie79 Selain Akid, pasangan ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Foto: Instagram @sheilarazlan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar