,
Laman Utama

“Ada Yang Suruh Cepat Cari Pasangan Untuk Move On, Tapi Biarlah Masa Menentukan…” – Shuib

Fiza Kamarudin
10/01/2022
03:19 MYT
Usahawan dan pelawak Shuib mengakui ramai bertanya tentang jodoh selepas hampir setengah tahun pemergian isterinya Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Bagaimanapun kata Shuib, dia tidak berani mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan semuanya kepada Allah SWT.
“Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT. Saya tak berani nak cakap sebab yang melalui semua ini saya.
“Saya takut kalau saya bercakap nanti ada pula yang kata hari tu beriya-iya sedih tup-tup dah cari pengganti.
“Tapi ada juga yang suruh cepat cari pasangan supaya boleh move-on, jadi biarlah masa yang menentukan,” katanya.
Shuib berkata, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada anak-anak meskipun mereka sering bertanya mengenai pasangan hidup.
“Memang betul anak-anak selalu bertanya saya ada kawan dengan siapa-siapa ke? Saya ni keluar rumah hanya untuk bekerja dan selepas itu balik.
“Bukan tak reti nak berkawan tetapi saya cuma mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya akan utamakan anak-anak dahulu dan kalau ada pasangan nanti pun dia mesti kena tahu yang anak-anak adalah priority saya,” katanya.
Dalam pada itu Shuib turut menekankan tentang komen-komen negatif yang diterima selepas berita berkaitan pasangan hidup mula dimainkan di media.
“Saya tak pernah ambil kisah komen negatif sebab bukan kali pertama pun. Saya tak boleh nak tutup mulut orang daripada berkata-kata.
“Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak perlu dengar banyak perkara mengenai orang lain. Sebab saya hanya perlu dengar apa kata mak, bapa mentua dan ibu mentua serta ahli keluarga lain. Lainlah kalau ada usik orang lain, itu lain cerita,” katanya lagi
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama arwah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Shuib ditemui di Sidang Media Loveta x Anzalna di The Ruma Hotel & Residences, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Intan Najuwa Pesan Jangan Stress Fikir Jodoh - “Saya Tak Pernah Terlalu Mengharap Nak Suami Macam…”

gempak
05/11/2024
12:55 MYT
Menurut aktres yang popular menerusi drama Jodohku Babysitter itu, tidak kira apa pun yang berlaku dalam sesuatu perhubungan jika Allah SWT sudah tentukan siapa jodoh kita maka itulah ia.
Hiburan

Imbau Momen Bersama Arwah Siti Sarah Di Tanah Suci, Shuib ‘Create’ Semula Foto Dengan Watie Hanifiah - “Tempat Yang Sama, Kisah Yang Berbeza”

gempak
01/11/2024
11:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib ketika berada di Tanah Suci, Makkah bersama isterinya iaitu usahawan Watie Hanifiah menarik perhatian netizen.
Hiburan

Shuib Bawa Keluarga Tunai Umrah, Mohon Maaf Atas Kekhilafan - "Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tidak Terlepas Dari Dosa"

gempak
28/10/2024
07:25 MYT
Pelawak, Shuib memaklumkan dia dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.
Hiburan

Shuib Bengang Individu Fitnah ‘Tunggang’ Nama Arwah Siti Sarah Buat Podcast Dengan ‘Bekas Banduan Kerat Lapan’ - “Jumpa Di Mahkamah Ya”

gempak
23/10/2024
06:20 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa bengang apabila ada seorang individu mendakwa dia menunggang nama arwah isterinya, Siti Sarah dalam podcast Dol’s Podcast.
Hiburan

Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"

gempak
20/10/2024
09:55 MYT
Usahawan Datuk Red mendedahkan bekas isterinya iaitu Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan sekiranya mereka dipertemukan jodoh kembali.
Unitar