Personaliti media sosial, Mek Yun mengakui masih ada lagi segelintir netizen yang keliru sama ada dirinya merupakan gadis berbangsa Cina atau pun Melayu.

Berkongsi ragam lucu netizen, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee berkata perkara itu terjadi mungkin disebabkan dirinya petah berbahasa Melayu.

“Ada yang tanya Mek Yun ni Cina ke Kelantan, saya pun jadi blank sekejap.

“Saya berbangsa Cina tapi saya faham mungkin sebab saya fasih cakap Kelantan dan bahasa Melayu jadi orang tertanya tanya saya ini Cina ke Melayu sebenarnya.

“Saya juga ada kacukan Siam jadi mungkin sebab itu juga saya tak nampak seperti orang Cina sangat agaknya,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Mek Yun juga menyatakan rasa terima kasih kepada netizen yang sentiasa menyokong dan memberikan komen positif terhadap keluarganya.

“Semestinya saya memandang tinggi terhadap kedua ibu bapa dan keluarga. Jadi apabila ada orang melakukan perkara yang sama, pada saya sangat berharga.

“Terima kasih pada semua sebab mereka bukan sahaja memberikan sokongan pada saya sebagai Mek Yun tetapi keluarga saya juga.

“Kebanyakan mereka pun suka tengok keluarga saya dan itu sangat bermakna buat saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mek Yun juga membintangi drama Gempak Original Series berjudul B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit bersama Sherry Alhadad, Kamal Adli, Nadia Brian, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Saksikan B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit jam 11:00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Terdahulu, Mek Yun sebelum ini merupakan calon bagi kategori Digital Content Creator Tergempak bagi Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Bagaimanapun anugerah tersebut dimenangi oleh Ryan Bakery.

Jangan lupa saksikan Gampak Most Wanted, Setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Gempak Most Wanted juga boleh distrim di Astro Go.