Laman Utama

Ada Yang Tanya Terasa Tak Bila Netizen Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah, Ini Jawapan Watie

gempak
Mya Amri
04/11/2023
01:56 MYT
Sponsor Banner
Ada Yang Tanya Terasa Tak Bila Netizen Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah, Ini Jawapan Watie
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan tidak pernah terasa hati walaupun netizen sering membandingkan dirinya dengan Allahyarham Siti Sarah.
Watie berkongsi perkara itu dalam sesi soal jawab ‘Ask Me A Questions’ bersama peminat yang dilakukannya menerusi ruangan Instagram Stories baru-baru ini.
Menurut Watie, dia tidak kisah sekiranya perbandingan itu dilakukan oleh orang luar namun bukan daripada suaminya.
“Watie okay sahaja, tak ada terasa pun. Asalkan perbandingan itu bukan datang daripada suami, anak dan keluarga. Sebab pandangan yang di atas yang lebih penting untuk di ambil kira,” tulisnya.
Dalam pada itu, Watie juga turut menjawab soalan yang bertanya sama ada dirinya pernah merasai serba kekurangan sebagai seorang isteri berbanding arwah.
Jelas Watie, perasaan itu tidak pernah wujud dan dia juga masih meneruskan amalan yang dilakukan arwah Siti Sarah iaitu memakaikan stokin sebelum Shuib keluar bekerja.
“Alhamdulillah tak pernah… Saya buat semua apa yang patut saya buat sebagai isteri. Amalkan juga apa yang arwah selalu buat untuk suami.
“Contoh pakaikan stokin suami setiap kali dia nak pergi kerja walaupun jam 5:30 pagi,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Watie Tak Pernah Cemburukan Arwah Siti Sarah, Tegas Kenal Shuib Selepas Menduda!

Untuk rekod, Watie telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 23 Jun lalu.
Itu merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Hasil perkahwinan terdahulu, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live