Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Adab Sebagai Penyanyi Kena Ingat... Jangan Perlekeh Persembahan Orang Lain,” – Siti Sarah

Mya Amri 16/03/2021 | 12:00 MYT
Penyanyi Siti Sarah menegur sikap sesetengah pihak yang gemar mengkritik tanpa melihat usaha finalis Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) Nabila Razali sewaktu menyampaikan lagu Peluang Kedua.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Sarah mengingatkan penyanyi juga perlu menjaga adab sebelum terfikir untuk memperlekehkan orang lain.
“Bagi Sarah, semua benda ada adab, lagi-lagi kita ni orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santun.
“Penyanyi pun ada adab tersendiri. Sarah belajar dari setiap persembahan yang kita lakukan dan Sarah belajar dari semua persembahan yang kita lihat.
“Setiap persembahan adalah ruang untuk jadi yang terbaik dan terbaik. Setiap benda ada baik buruknya dan kena ingat tau, semua berlaku atas izin Allah.
“Bagi Sarah, adab sebagai penyanyi tu kena sentiasa ingat... Jangan perlekeh persembahan orang lain. Kita hormati dan belajar dari apa yang kita lihat.
“Apa yang baik kita kena ambil untuk kita sendiri guna. Sesuatu yang buruk tu pula kita jadikan pengajaran dan jangan pula kita kutuk,” tulisnya.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Sarah juga memberitahu tidak mustahil perkara yang berlaku kepada Nabila itu boleh terjadi kepada penyanyi lain.
“Kadang-kadang takut ek sebab boleh jadi kat diri kita semula. Janganlah kita mendabik dada, lebih baik doakan yang baik-baik je. Ye tak?
“Sarah pun pernah kena kecam dan percayalah, benda tu sangatlah tak best. Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu untuk memajukan diri sendiri dan orang lain.
“Tak susah pun tau nak buat camtu. Persembahan Nabila Sarah nampak dia dah usaha bagi sehabis baik dan pergi kelas vokal,” tulisnya.
BACA: “I’m So Sorry…” – Nabila Razali Mohon Maaf Kepada Hael Husaini
BACA: “Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan” - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas Final
BACA: Hafiz Hamidun Kena ‘Bash’ Gara-Gara 'Peluang Kedua Dibazirkan'– “Saya Tak Kutuk, Saya Pun Peminat Lagu Tu…”
BACA: Aishah Beri Semangat Pada Nabila Razali – “It Is Not A Crime,Tak Ada Had Untuk Terus Mencuba”
Terdahulu, Nabila sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Nabila atau mesra disapa Bella itu, beberapa kali tergelincir daripada nota yang sepatutnya selain kelihatan agak sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.
Untuk rekod, Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposernya sendiri iaitu Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35.
Walaubagaimanapun, Nabila kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.
#Viral #Trending #Siti Sarah #Nabila Razali #Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35
;