Hiburan
"Adakah Aku Akan Merasakan Kebahagiaan?" - Bella Astillah
Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa hatinya di laman sosial Twitter.
Menerusi satu ciapan, Bella memperkatakan mengenai kebahagiaan.
"I was wondering, adakah aku akan merasakan kebahagiaan?" tulis Bella.I was wondering, adakah aku akan merasakan kebahagiaan?— Bella Astillah (@BellaAstillah) January 12, 2020
Entri terbabit mencuri perhatian pengguna laman sosial Twitter yang membalas ciapan yang dimuat naik oleh Bella.
Rata-rata mendoakan kesejahteraan Bella dan berharap agar wanita itu menemui kebahagiaan.
Berikut merupakan antara respon pengikut laman Twitter Bella:
Yes, you will dear.— ? (@carriemelyy) January 12, 2020
Inshallah, Bella. Kebahagian akan hanya ujud jika hati kita membuang perasaan negatif, sentiasa bersyukur dan bersikap positif akan takdir atau ujian Allah. Yg penting Kesehatan kerana ia adalah ibu kebahagiaan.— Wudiko (@Asamboi7) January 12, 2020
percaya pada Allah, mungkin jodoh nanti yg baik2— Azuwan Mohamad (@azuwan396) January 13, 2020
Happiness will come after you kalau u sentiasa berdoa kepadanya. Have faith.— Shawn Niko ™ (@ShawnNiko) January 13, 2020
Sebelum ini, Bella dan penyanyi Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki Mohd Aydan Adrean.Percaya lah selepas hujan pasti ada pelangi❤?— SARAHZULKEFFLI? (@SARA00227742) January 14, 2020
Namun begitu, perkahwinan mereka diuji selepas Aliff didapati curang beberapa kali dan akhirnya mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Mei 2019.
Must-Watch Video