Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah antara selebriti tanah air yang turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraff Sinclair.

Berkongsi video kesedihan Bunga Citra Lestari dan anaknya Noah Sinclair yang menimbulkan sebak jutaan yang menontonnya, Yatt tidak dapat membayangkan jika perkara tersebut terjadi kepada dirinya.

"Sejak semalam video ini disaksikan oleh jutaan manusia. Luluh jiwaku menontonnya. Pasti semua merasakan yg sama. Terbayang jika ini berlaku pada diriku sendiri.

"Apakah aku bersedia? Ditinggalkan oleh suami tercinta menuju ke alam abadi. Hilang sudah tempat bergantung dan mengadu. Hilang sudah tempat berkongsi dan bermanja. Hilang sudah teman sehidup semati," tulis Yatt.

Yatt turut memikirkan sama ada dia mampu membesarkan dan mendidik anak-anak tanpa seorang suami di sisi. Mampukah dia menempuhi kehidupan dan segala kenangan yang ada.

"Ternyata suami hanyalah pinjaman sementara. Bila-bila masa akan diambil semula oleh penciptanya. Maka aku harus sentiasa bersedia.

"Kerana itu seorang isteri wajib menghargai suaminya sementara masih dipinjamkan padanya. Kerana itu isteri wajib Bersyukur sementara suami masih berada di depannya," luah Yatt.

Sejak semalam video ini disaksikan oleh jutaan manusia. Luluh jiwaku menontonnya. Pasti semua merasakan yg sama. Terbayang jika ini berlaku pd diriku sendiri. Apakah aku bersedia? Ditinggalkan oleh suami tercinta menuju ke alam abadi. Hilang sudah tempat bergantung dan mengadu. Hilang sudah tempat berkongsi dan bermanja. Hilang sudah teman sehidup semati. Apakah aku mampu membesarkan dan mendidik anak2 tanpanya? Apakah aku mampu melalui onak duri kehidupan bersendirian? Apakah aku mampu hidup dg segala kenangan bersamanya? Kuatkah aku? Mampukah aku? . Ternyata suami hanyalah pinjaman sementara. Bila2 masa akan diambil semula oleh penciptanya. Maka aku harus sentiasa bersedia. . Krn itu seorang isteri wajib menghargai suaminya sementara masih dipinjamkan padanya. Krn itu isteri wajib Bersyukur sementara suami masih berada di depannya. . Jgn sekali pun lupa suami adalah Syurga. Dan jgn sekali pun lupa suami adalah pinjaman, termasuk semua yg ada dlm hidup. Tiada satu pun milik kita. Tiada satu pun yg kekal. Satu persatu akan pergi, termasuklah diri kita sendiri. . Orang bijak akan belajar sesuatu dr situasi dan pengalaman org lain. Agar dijadikan pedoman dan tauladan..Agar tidak menyesal seumur hidup. . Sungguh.. Kematian org lain adalah peringatan, bahawa kematian kita sudah dekat. . Innalillahiwainnailaihirojiun. AL FATIHAH. . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #bondaYHshare #ALFATIHAH #INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN #suami #takziahbcl #ashrafsinclair #bungacintalestari

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on


Yatt juga berpesan supaya jangan sesekali lupa bahawa suami adalah syurga dan suami juga hanyalah pinjaman semata-mata.

"Orang bijak akan belajar sesuatu dari situasi dan pengalaman org lain. Agar dijadikan pedoman dan tauladan. Agar tidak menyesal seumur hidup.

Tambah Yatt, kematian orang lain adalah peringatan bahawa kematian kita sudah dekat.