Adakah Awak Masih Cinta Saya Walaupun Hidung Saya Ada 3? - Elly Mazlein

Kamaruddin Razal
September 10, 2017 02:25 MYT
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mengejutkan peminat dengan memuat naik sekeping foto pelik di laman Instagram miliknya, @iamellymazlein.
Foto yang memaparkan hidung Elly mempunyai ketumbuhan itu ditulis dengan kapsyen berbunyi, "Adakah awak masih cinta saya walaupun hidung saya ada 3?"
Jangan salah sangka kerana foto itu hanyalah gurauan semata-mata. Ketumbuhan di hidung Elly merupakan kesan khas solekan yang digunakan untuk menghidupkan karakter baru lakonan Elly.
Elly kini terlibat dengan sebuah program terbaru berjudul Ngaroot yang bakal bersiaran di Astro Warna.
Peminat Elly juga sangat 'sporting' dan sama-sama membalas gurauan tersebut di ruangan komen.
@lina_mohd_ghauth: Apa besar sangat jerawat tu Cik Lina Pom Pom.
@qaseehcahaya: 5 pun tak pe... Tetap sayang.
@sitinurzulaikhabalqisha: Awak tetap cantik... Hihi..
@sweet_zulaika5288: Akak Elly tetap comel walaupun ada 3 hidung.
@hanaafi_saman: Saya tetap cinta awak.. Sebab saya cinta dengan hati awak, bukan hidung awak gichuuuuu
@somerandomdude: Walaupun rupamu tidak ku kenali, tetapi lubang lubang ketiga-tiga hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku.
Dalam perkembangan baru, Elly kini muncul dengan single berjudul Jeritan Hati ciptaan Manusia Putih dan Natasyah.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @iamellymazlein
#Elly Mazlein #Penyanyi #Penyanyi