“Adakah Awak Perempuan Murah? Kalau Betul Tak Ubah Macam Pela*ur” - Bella Astillah Perli Siapa?
22/01/2023 00:00 MYT
Nama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian wargamaya selepas berkongsi beberapa petikan kata kata (quotes) mengenai wanita curang di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.
Menerusi petikan pertama yang dikongsikan, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu seakan memerli seseorang dengan mempersoalkan individu tersebut sebagai pelacur.
“Adakah awak sebenarnya ialah perempuan murahan? Jika ia, kamu tak ubah macam pelac*r,” tulis quotes berkenaan.
Malah dia turut bertanyakan kepada pengikutnya sama ada perlu tag nama individu yang dimaksudkannya atau tidak.
“Nak tag ke tak eh nama dia?” soalnya.
Manakala satu lagi petikan pula menjelaskan mengenai maksud sebenar perempuan murahan, dimana dia meminta orang ramai meneka gerangan individu berkenaan.
“Cuba teka siapa, kita tengok kalau ramai teka sama. Memang dia la tu. Tak pun korang send story ni dekat dia,” ujarnya.
Sementara itu, Bella turut memuat naik sekeping foto dirinya beserta kapsyen yang menjelaskan dia tidak boleh bersikap bertolak ansur terhadap wanita yang gemar mendekati lelaki yang sudah mempunyai isteri.
“Saya tidak tahan apabila seorang wanita tahu bahawa lelaki itu sudah berpunya, tetapi masih mahu mendekatkan diri. Ia menunjukkan betapa terdesak dan kasihan wanita itu.
“Selepas saya menaip namanya, perkataan secara automatik ditukar kepada ‘pelacur’. Tak hairanlah,” tulis Bella
Walau bagaimanapun, Bella tidak menyebut mana mana nama pihak susulan kenyataan yang dikeluarkannya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.